yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, September 5, 2014

KALAU BETUL ANDA SAYANGKAN PAKATAN RAKYAT BACA ULASAN INI TANPA PREJUDIS...

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

Subky Abdul Latif

Published: 5 September 2014

Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. Bila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perrintah itu.

Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu. – 5 September, 2014.

17 comments:

Anonymous said...

Tak payah ulaslah Subky Latif.Dulu kamu juga pernah melebelkan kawan kamu sendiri 2 adun Pas sebagai lalang.Sekarang kamu pulak menegakan Pas untuk orang setuju dengan cara Pas kamu.Dulu setuju MB Selangor unutk adun PKR sahaja tetiba kini cuba mengmbil kesempatan untuk jawatan tersebut.kau tak rasa malu ke.dah setuju kemudian korner semula,kemudian tak setuju kemudian U turn semula,kemudian setuju lepas tu Korner semula.Islam apa yang kamu guna ni.Kamu pandai je menulis tapi ada masa kamu juga buat U turn .sudahlah Subky

Anonymous said...

kita x blh paksa pkr msuk dap bgtu jg sblknye, coz negara kta amlkn demokrasi, sbgaimna pas dgn pkr ade yg sama dan ade yg x sama prisipnya, bgtu jg pkr dan dap ade jg perbezaan pndgn , pendpt, bgtulh jg sblknye dap pun ade prinsip yg berbeza, jd shrus dkekalkn keadaan sdia ada meraikn perkara ade persamaan, yg dah disepakati bersma usah dimungkiri, krn mungkir jnji sifat org munafik, fikirknlah

hazri abdullah said...

minta tolong zulhazmi at-takanan jawab tulisan terbaru as subky ini.....jawab biar lebih menyayat hati daripada jawapan kepada tulisan At-takiri sebelum ini.

Anonymous said...

minta tolong zulhazmi At-takanan tolong jawab biar lebih menyayat hati daripada jawapan kepada tulisan At-Takiri sebelum ini.

Anonymous said...

Tuan

Tindakan unilateral TGHH dan geng bukan cerita tergigit lidah dah. Ini kes benam pisau panjang kat belakang kawan dengan niat yang jelas nak bunuh kawan.Takkan Pak Subky tak faham

pisau tajam said...

hebat, hebat...very well said.
itulah kehebatan bahasa kalau yg menulis tu adalah seorang penulis ...masyaallah.

Anonymous said...

PAS hantar 3 nama sebagai calon MB Selangor. Katanya tidak mahu derhaka kepada Tuanku. Ok, noleh percaya dan lojik. Siapa 3 nama itu? Janji PAS, tetap ada nama Azizah dan Azmin. Cuma, siapa seorang lagi? Rahsia, kata Mustafa Ali.

Baiklah, biarlah rahsia sesama PR asalkan 'Syarie'pada pandangan PAS. Ada maklumat sebut, nama Azizah dan Azmin tiada, tetapi tetap dua dari PKR dan satu dari PAS. Bukan mahu pertikai pilihan PAS, itu hak PAS suka dan sokong siapa. Cuma ahu tanya PAS, wakil Presiden PAS yang hadir dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum ini hadir untuk apa?

Bukankah PAS bersetuju untuk sokong Azizah dan PAS juga memilih Azmin sebagai calon kedua? PKR tidak bantah PAS simpan nama Azmin walaupun PKR dan DAP sepakat menghantar satu nama iaitu Azizah sebagai calon MB Selangor. Hak PAS untuk simpan lagi satu nama iaitu Azmin. Sebelum ini, Mustafa Ali sebut PAS tidak mahu tuntut Kerusi MB Selangor dan PAS tidak akan letak calon dari parti PAS. Tapi sekarang apa yang berlaku?

Jika PAS telah hantar nama Azizah dan Azmin ke Istana, PAS masih perlu menjawab mengapa ada seorang lagi calon dari PAS? Bukankah itu menyalahi janji dan tidak pernah PAS sebut untuk turut menghantar calon sewaktu mesyuarat bersama PR? Ada maklumat yang lebih dahsyat yang menjejaskan imej PAS iaitu tentang laporan PAS tidak hantar pun nama Azizah dan Azmin sepertima yang mereka persetujui di dalam mesyuarat PR.

Kita tidak bahas tentang hak PAS untuk buat keputusan meletakkan sesiapa saja yang PAS suka hatta calon dari PAS sendiri. Cumanya, kita mahu tahu apakah parti Islam ini semudah itu mempersendakan keputusan mesyuarat bersama rakan-rakan PR? Itu yang PAS perlu jawab....

Anonymous said...

Statement bodo ape yg kau ckp nie subky latif...kata dah sepakat ape yg x setujunya..dalam satu keluarga kalau mak dan bapak kata tahun nie kita pakai baju warna biru menyambut hariraya puasa bagi melambangkan kekeluargaan...mengapa anak yg saorang nie tidak setuju...maknanya ade tujuan lain la tu...kadang2 ikut kata girlfriend kena pakai baju kuning..bermati2an xnak pakai warna biru...ini lah sebabnya ade yg berpengaruh.

XUMNO said...

Peringatan kepada pemimpin2 PR terutama PKR dan DAP. Janganlah dijadikan Pakatan semacam persetujuan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Semenanjung membentuk Malaysia.Sekarang sudah ada suara2 di kedua2 wilayah tersebut yang negeri mereka dijadikan seperti negeri2 di Semenanjung yang diperintah oleh Putrajaya; tidak sebagai negeri2 yang sama taraf. Dalam Pakatan mesti tidak wujud parti dominan dan yang lain mesti submit kepada apa jua kemahuannya. Tetapi itulah yang sedang terjadi sekarang dan menjadi punca pertikaian terutama antara PKR dan Pas. Pendirian Pas yang tidak memihak kepada kemahuan PKR dianggap satu pengkhianatan dan dicanang ke hulu ke hilir. Ini baru memerintah sebuah negeri. Bayangkan apa akan berlaku jika ditakdirkan PR memerintah negara Malaysia!! Selalunya perselisihan antara rakan selalaunya amat mengerikan, lebih dasyat dari pergaduhan antara musuh.

Anonymous said...

Masalah bila cadangan kita tak menjadi kita konar kut lain mcm org mabuk. Kalau cdg azmin dan dia tarik diri sudah jgnlah buat konar leper pulak. Org lebai tak buat gitu.

Anonymous said...

Selama ini PKR tak pernah masuk campur tentang perlantikan MB Pas ditempat2 yg PR menang,seperti kedah,kelantan,terengganu dan perak. Pemimpin2 PKR langsung tidak bersuara walau sedikit pun tentang perlantikan tersebut kerana menghormati keputusan rakan dlm PR..ini hanya baru satu negeri saja jawatan MB diberikan pada PKR , biarlah PKR yg membuat keputusan,siapa yg difikirkan sesuai...seharusnya kesepakatan dlm gabungan PR perlu dihormati dan nama yg telah dipilih utk jawatan MB harus sama2 perjuangkan utk ianya menjadi kenyataan..dan ini akan lebih menyakinkan rakyat serta kekuatan lebih menyerlah dan padu,ini juga akan menggugat pehak musuh..

Anonymous said...

Salam semua,
Jangan suka memfitnah
Azab neraka dijanjikan kepada tukang fitnah.

Anonymous said...

Salam semua,
Jangan suka memfitnah
Azab neraka dijanjikan kepada tukang fitnah.

Anonymous said...

PUS = Parti Ularmak Semesia. Pati Sesat dipimpin ulamak gile dunia. Hadi penipu....maksumla konon....ptuihhh

Anonymous said...

Tikam kawan ....

Anonymous said...

ko amekla pendapat org alim yg xda kepentingan langsung dlm parti politik,makan gaji ngan kerajaan atau pembangkang..total xda kepentingan..baru la ko suh org lain nilai..ini ko dh la amek org ada kepentingan..ahli parti ko plak tu...apa la ko ni bai...ko dulu kalo cina kena jentik bukan ko ke manusia yg melompat dulu lebih dari cina tu sendiri..la ni ada parti cina dap mca malukan diri dia sendiri beriye2 melompat tolong ko?kalo ko amek pendapat parti sendiri ko x real dlm pencarian la bro..apo la ko ni tu pasal ko terperosok kat celah2 mereka semua ni...

Anonymous said...

Marah bonar puak PKR ni yeee. Sampai Sultan pun nak dilanggarnya. Apo maksum bonar manusia Anwar tu? Itu la manusia yg menjahanamkan UIA dulu... habih anak melayu ditendang keluar sobab nak bagi anak Bosnia Albania Afrika belajar kat situ. Skrg ni nak tunjuk hero dlm Pakatan. Kalo Anwar ni hebat jgn la main jalan belakang. Cakap berdepan. Ni buat keputusan diam-diam, bila fail tuduh orang lain... buduh... tp yg memuja manusia ni lagi buduh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)