gambar hiasan yang relevan
Sudah berapa kali dalam hidup kita menjalani ibadah Puasa. Bagi diri aku sendiri sudah 29 tahun aku hidup dan melalui bulan Ramadhan. Tapi persoalannya disaat usia manakah kita betul-betul menjalani ibadah Puasa yakni bermaksud Puasa yang sebenar-benar Puasa.
Selama aku hidup ini aku bertemu dengan bermacam-macam kerenah manusia berpuasa, terdekat mungkin rakan-rakan aku. Aku kagum melihat mereka yang berpuasa mereka sanggup menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari tanpa terfikir sedikit pun untuk membatalkan puasa mereka.
Hebat bukan apabila manusia dilatih menjadi hamba yang sangat taat pada Penciptanya. Tapi lama-kelamaan setelah bertahun-tahun perasaan hormat ku bertukar menjadi perasaan benci dan menyampah tapi kenapa?
Kenapa? Kerana sudah bertahun-tahun berpuasa tapi puasa mereka masih puasa yang sama seperti masih dizaman tadika...
Berpuasa tapi tidak solat....
Bertarawih tapi tidak solat wajib yakni 5 waktu yang telah difardhukan....
Bila bercakap tentang Islam mulutnya lantang mahukan Negara islam.... Tapi bagaimana negara Islam mahu terbentuk dengan kualiti muslim-muslim seperti ini?
Masih teringat petikan ucapan Imam Syahid Hassan Al-Banna yang pernah aku terbaca yang berbunyi:
"Tegakkan Islam dalam hatimu nescaya Islam akan tertegak di Negaramu"
Tapi jika kita masih lagi berpuasa seperti budak tadika berpuasa, rasanya perjalanan untuk menubuhkan Negara Islam masih jauh............
Pesanku pada rakan-rakan yang membaca luahanku ini, buatlah perkara yang wajib sebelum membuat perkara yang sunat. Apa yang penting adalah istiqamah....Tak perlu dikejar benda yang sunat jika yang wajib tidak kita didirikan...Zaman tadika kita sudah berlalu......
3 comments:
SALAM AKHI, TERTARIK BETUL DENGAN BANNER TU...IDEA KREATIF UTK MENARIK JEMAAH KE MASJID =)
Memang Genius siapa yang buat banner tu :-)
aku setuju bro masalahnya orang kita ni beragama ikut sedap tekak ,yang mana dia suka dia buat la dan yang mana dia tak suka dia tinggal .sebab tu dalam ql quran ada allah berfirman 'hai orang2 yang beriman ,masuklah kamu kedalam islam secara keseluruhanya ,dan jangan kamu turut langkah2 syaitan .sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu' surah al baqarah 208
pas tu bila kita tegur ,dia marah pandai jawab ..
Post a Comment