Thursday, August 4, 2011

JIJIK AKU DENGAN CARA MEREKA HENDAK MENGEKALKAN KUASA.

Pengundi Di P. Pinang bertambah 32,000 dalam masa 3 bulan


Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.

Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.

SELANJUTNYA




Bekas Askar akui pernah diarah pangkah 900 keping UNDI POS

"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata Nasir Mohamad dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Nasir merupakan seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

SELANJUTNYA




Lebih 1000 Pendatang Tanpa Izin Diberi Taraf Kerakyatan dan diberi taraf layak mengundi


Dalam satu sidang media tergempar sebentar tadi di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa terdapat lebih 1,000 pengundi yang berdaftar melalui cara "Mismah-Gate"!

"Mismah-Gate" merujuk kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didaftar sebagai pendatang yang sah kemudian diberi taraf penduduk tetap (Permanent Resident - PR) dan dalam masa beberapa jam mereka akan diberi taraf WARGANEGARA MALAYSIA!!

SELANJUTNYA




LEBIH 250 RIBU "PENDATANG ASING" LAGI BAKAL JADI PENGUNDI BERDAFTAR!!!

Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

SELANJUTNYA

No comments: