AMK desak Rais Yatim tampil bersihkan nama
Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk "mengelakkan konflik serantau".
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.
Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap "duduk dan diam" oleh kerajaan Malaysia.
AMK mendesak Rais Yatim (gambar kanan) segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.
Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.
*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan./MerdekaReview
Sumber
No comments:
Post a Comment