Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Walia Perjelas Isu Hina Melayu....

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0105/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg

Sebelum ini telah disiarkan di kebanyakan blog, sebuah video kontroversi wartawan TV3 Karam Singh Walia yang dimaki hamun dan diugut oleh sekumpulan lelaki-lelaki melayu memaksa beliau meminta maaf.Disini

Berikut adalah penjelasan daripada beliau mengenai isu itu:


KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.Sumber

2 comments:

Unknown said...

Begitulah sepatutnya kita kena dengar hujjah kedua-dua pihak baru boleh buat kesimpulan.jgn dengar satu pihak saja,terus menghukum.

Na'im Nikmat said...

Betul tu sahabat sebab belah kita ni selalu kena fitnah jadi kita dah jadi orang yang xmudah termakan kata sebelah pihak shj terutama UMNGOK.......