Monday, July 19, 2010

PAS Memang Pemecah Belah Masyarakat Melayu ???

Benarkah PAS sebagai pemecah belah perpaduan orang-orang melayu ? Banyak juga ceramah PAS yang saya hadir.....tetapi secara amnya......ia cuma mengajak manusia berfikir secara waras dengan soalan :

Adakah ini betul ?

Adakah ini salah ?

Adakah ini memenuhi tuntutan syariat islam?

Adakah usaha yang dijalankan sekarang mengajak manusia ke jalan yang lurus ? "

Kalau kembali pada 1420 tahun lepas, benda ini jugaklah yang Nabi Muhammad S.A.W bawa.
Dia mengajak masyarakat Quraish berfikir dengan menggunakan akal fikiran yang sihat disamping dalil-dalil yang ditunjukkan oleh Nabi kepada mereka.

Apabila ada segolongan manusia berjaya menggunakan akal fikiran tersebut .....maka nampaklah segala kebatilan yang dilakukan oleh masyarakat Quraish selama ini seperti berzina, berjudi, mengamalkan riba, rasuah, merampas hak orang yang lemah, minum arak, menipu, merompak dan sebagainya. Sebelum datangnya islam, semua benda maksiat ini adalah perkara biasa sahaja (normal practice) ...orang semuanya bertenang .....maknanya semua orang dalam masyarakat Quraish boleh 'tidur sekatil dan makan satu pinggan'.

Tetapi selepas kedatangan islam....maka bangunlah satu golongan yang menentang tindak-tanduk dan amalan masyarakat jahiliah Quraisy...orang-orang Quraish tidak lagi boleh 'tidur sebantal dan makan satu pinggan'.

Orang-orang Quraish telah menjadi dua golongan yang pada asalnya ...yang ada hanya satu golongan. Orang islam menentang amalan jahiliah masyrakat Quraish dengan
berdakwah dan mengajak mereka yang jahil itu kenali islam dan seterusnya masuk islam secara total. Apabila suatu ketika....suasana diMekah.... penyiksaan, pemulauan, putus tali persaudaraan dan sebagainya berleluasa menyebabkan seorang anak muda mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab (sebelum keislaman beliau) menuduh Nabi Muhammad lah yang menjadi faktor utama masyarakat Quraish berpecah belah......... kerana sebelum datangnya dakwah Nabi Muhammad ......tiada siapa yang melarang orang minum arak, tiada orang yang melarang melakukan zina, tiada orang yang melarang judi, tiada orang yang melarang riba, tiada orang yang melarang itu dan ini dan seterusnya.

Oleh itu....sekiranya kita boleh dan berjaya menggunakan akal fikiran yang sihat dan waras ini......rasanya..... kita boleh nampak yang PAS juga mengajak rakyat Malaysia meninggalkan
perbuatan seperti apa yang dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada masyarakat jahiliah Quraish 1420 tahun dulu.

Sekiranya PAS dituduh pemecah-belah perpaduan masyarakat Malaysia terutamanya kaum melayu hanya kerana mengajak masyarakat meninggalkan perkara yang mungkar.....maka wajarkah kita menuduh Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi faktor utama perpecahan
dikalangan masyarakat ? Perlu diingat Nabi Muhammad S.A.W hanya menjalankan perintah Allah dengan menyeru manusia meninggalkan perkara yang mungkar ....DAN PAS hanya meneruskan dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad kepada manusia dibumi Malaysia
ini......

Sumber

N'N:Jadi Tanya kepada diri anda sendiri adakah PAS pemecah belah masyarakat atau penerus perjuangan Rasulullah S.A.W????Baginda Rasulullah S.A.W menentang kemungkaran masyarakat Jahiliyah Quraish manakala PAS pula menentang kemungkaran Masyarakat Melayu Jahiliyah UMNO......Yang pentingnya adakah anda sebahagian daripada mereka yang menentang kemungkaran atau anda sebahagian daripada mereka yng melakukan kemungkaran???

Semua ini bermula daripada artikel ini

No comments: