Catatan dibuat oleh beberapa pelajar Melayu di Adelaide yang mendengar dan menyalin ringkasan dari apa yang disebut oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (TSHZ)ketika perjumpaan dengan pelajar Melayu Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita”.
Catatan berikut dibuat berdasarkan isu-isu hangat yang diperbincangkan di dalam perbincangan tersebut, dan juga kekeliruan dan keraguan yang timbul di kalangan sebahagian besar pelajar yang hadir ke program tersebut. Semua fakta yang ditulis turut terdapat dalam beberapa bentuk rakaman oleh beberapa pelajar yang hadir.
1. Keperluan ummat Islam Melayu bersatu;
1.1. Orang Melayu telah 480 tahun dijajah, dan penjajah menubuhkan sekolah missionaries yang mana orang Melayu tidak mahu bersekolah di sekolah tersebut.
• Maka kerajaan mewujudkan Sekolah Melayu untuk kaum Melayu sahaja yang akhirnya kaum Melayu tetap gagal untuk menjadikan mereka maju.
1.2. Melayu bangsa sangat istimewa, kerana tiada negara dan bangsa di dunia ini yang bila disebut sahaja Melayu orang akan tahu mereka adalah Islam, kecuali di Malaysia.
1.3. Kelemahan utama Melayu di Malaysia; tidak pandai di dalam 3 bidang; (1)pentadbiran Negara, politik (2)pendidikan (3)ekonomi
1.4. Ketika Najib lawat ke Perak, ketika jamuan di rumah Zambri, Najib jemput TSHZ makan disebelah Najib dan TSHZ duduk di berhampiran Mahyuddin;
• TSHZ bertanya tentang kedudukan sebenar orang Melayu; Mahyuddin jawab dari segi ekonomi Melayu sudah amat jauh ketinggalan; sebab dalam 17 tahun kebelakangan ini ekonomi Melayu hanya berada pada 17%, iaitu bergerak setakat 2.5% sahaja, sedangkan India naik 3.8%, dan Cina melonjak 5%.
• Mahyuddin sebut Melayu hanya boleh maju jika mereka berubah sikap.
1.5. Sebab utama Melayu jadi teruk disebabkan tidak mahu bersatu di dalam semua bidang. Melayu suka berkelahi sepanjang masa.
• Melayu berkelahi dalam semua bidang; ekonomi, politik dan ilmu. Semua bidang Melayu gagal bersatu.
• Melayu jika bergaduh mengambil pendekatan berkerat rotan berputus arang, sedangkan kaum lain tidak begitu.
1.6. TSHZ membentangkan statistik; dari tahun 2005-2010, jumlah sebenarnya anak luar nikah yang telah didaftarkan adalah 700,000 anak luar nikah, yang mana 95% adalah anak Melayu. Jumlah itu belum termasuk jumlah anak luar nikah yang tidak didaftarkan.
• *** Nota: Fakta tersebut amat salah apabila pelajar tersebut mendapatkan fakta semakan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati angka itu tidak tepat;
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/17_303anakluarnikahdidaftar2 009/Article/
• JPN menyatakan sepanjang 2005-2010 jumlah anak luar nikah adalah 214,033, iaitu Melayu 74,723 (35%), India 23,696 (11%) dan Cina 23,692 (11%), dan bangsa lain 91,922 (43%),
• Jika berdasarkan angka TSHZ, jumlah anak luar nikah Melayu adalah 665,000 untuk tempoh 5 tahun tersbut, dan angka yang diberikan oleh TSHZ adalah 9 kali ganda lebih besar dari jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh JPN.
• Dan kenyataan TSHZ yang menyebut anak luar nikah Melayu adalah 95% daripada jumlah keseluruhan adalah tidaktepat disebabkan angka JPN menunjukkan Melayu berada pada 35% sahaja, iaitu di tangga kedua. # Sila rujuk lampiran.
1.7. Apa yang berlaku di Malaysia Melayu sebenarnya berpecah teruk, sedangkan Cina, walaupun seolahnya berpecah antara DAP dan MCA, hakikatnya mereka bersatu dan hanya mahu mencapai satu tujuan; iaitu mahu jadi kerajaan dalam pakatan pembangkang.
1.8. Melayu tidak sepatutnya percaya kepada India, apatah lagi pepatah Melayu pun menyebut; jika jumpa Hindu dan ular, bunuhlah Hindu dahulu.
• Pada India kita jangan percaya, walau India yang dah Muslim pun disebabkan perangai mereka adalah tetap sama dan kita tidak boleh percaya.
• Contonya, kalau India Muslim dan Melayu bergaduh, India Muslim mesti akan pertahankan kaum India mereka juga dalam pergaduhan tersebut dan tidak akan menyokong Melayu.
• Sekarang ini kita dapati kalau ada sahaja mana-mana Melayu terlanggar kereta Hindu, sudah pasti Hindu akan turun membawa parang untuk bergaduh dengan Melayu.
1.9. Sikap orang Melayu yang paling teruk adalah Melayu suka bergaduh sesama bangsa sendiri, contohnya melihat kepada peristiwa menghalang kereta Sultan Perak semuanya adalah Melayu yang menunjuk perasaan, sedangkan Cina berkata orang Melayu tersebut telah tiada kerja lain hendak dilakukan, itu sebablah mereka menunjuk perasaan. Melayu hanya dipermainkan oleh Cina.
1.10. Dalam PRU13 kelak, jika Melayu gagal bersatu, Malaysia sudah pasti akan hilang paling kurang 5 negeri kepada DAP, disebabkan Cina telah sebulat suara sokong DAP, walau mereka sebenarnya berpura-pura sokong Kerajaan BN.
• Berdasarkan maklumat dari kenalan TSHZ, pada masa ini samseng-samseng Cina sedang memberi amaran kepada semua orang Cina untuk mereka semua mesti mengundi pembangkang dalam pilihanraya kelak. Jadi ini menjadikan orang Cina sentiasa bersatu.
• Orang Hindu pula di Malaysia sudah pasti akan sokong DAP, tidak akan sesekali menyokong kerajaan.
1.11. TSHZ berkata dulu UMNO marah pada beliau, tetapi sekarang ini PAS pulak yang sanagt marahkan TSHZ dan memaki beliau disebabkan TSHZ menyatakan tidak setuju untuk jadikan profession ulamak dalam berpolitik.
• Jangan sesekali parti politik terlibat untuk memberi fatwa, nanti orang dah tak percayakan ulamak, biarkan hanya ulamak yang memberi hukum dan fatwa. Jangan sesekali mempolitikkan profession ulamak.
• Masyarakat akan jadi keliru, apatah lagi sekarang sudah timbul istilah ulamak lama dan ulamak baru, sampai ada ulamak baru yang bergelar “doktor” dan suka membid’ahkan orang.
2. Cina dan DAP tidak ikhlas
2.1. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, walau dalam Pakatan rakyat, PAS sebenarnya langsung tidak diberi apa-apa jawatan oleh DAP yang memerintah.
2.2. Pada masa kini, semua gerai Melayu tepi jalan jual yang menjual goreng pisang dan karipap yang tidak berlesen telah dihancurkan sampailah ke Kepala Batas, sedangkan di Bandar Pulang Pinang (Georgetown) peniaga-peniaga Cina sengaja dibiarkan oleh DAP berniaga.
2.3. DAP sekarang tidak mahu lagi membina rumah di bawah harga RM60k, yang menjadikan orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut, dan orang Melayu terpaksa pergi ke Sungai Petani untuk membeli rumah.
2.4. Kejadian yang seeperti di Pulau Pinang sebenarnya telah turut berlaku di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
3. Isu Perak
3.1. TSHZ menyatakan beliau telah sedaya upaya berusaha untuk menyatu-padukan Melayu Islam dalam krisis perpecahan Melayu di Perak.
3.2. Selepas PRU12 di Perak di menangi 18 DAP, 28 BN, 6 PAS, 7 PKR. TSHZ berusaha untuk menyatukan kedua parti politik Melayu PAS dan UMNO, dan kalau PAS mahu bersatu kongsi kuasa dengan UMNO, maka dapatlah Melayu perintah Perak buat pertama kalinya.
3.3. Hasrat TSHZ yang telah dipersetujui adalah untuk satukan PAS dan UMNO; dengan pemerintahan diserah pada PAS iaitu Menteri Besar dipegang oleh PAS beserta 5 jawatan Exco, dan jawatan-jawatan lain diambil oleh UMNO, dan kita tolak Cina yang menang satu dalam BN itu.
3.4. TSHZ sudah bincang dengan Raja dan pemimpin UMNO, keduanya bersetuju dengan cadangan saya tersebut.
3.5. TSHZ juga sudah menelefon PakLah, dan PakLah pun menyatakan persetujuan dengan cadangan TSHZ.
3.6. Maka pada satu malam jam 12 malam saya pergi Kelantan dalam keadaan hujan lebat, dengan disediakan 2 kereta mengiringi saya.
3.7. 5.00 pagi TSHZ sampai di Hotel, TSHZ terus menuju ke Masjid Nik Aziz untuk mendengar kuliah subuh.
• Walaupun begitu TGNA tidak perasan kehadiran TSHZ disebabkan TGNA tidak pandang kiri-kanan, sehinggalah habis kuliah baru TGNA perasan dan bertanya mengapa TSHZ tidak tegur beliau dari awal. TSHZ dan TGNA selepas itu berbincang di rumah TGNA sampai jam 9 pagi.
• TSHZ menyatakan tawaran itu kepada TGNA.
3.8. Pada awalnya TGNA tidak bersetuju.
• TGNA kata PAS tidak boleh percaya pada UMNO, disebabkan UMNO telah pernah menipu PAS.
• Sebenarnya mengikut TSHZ bukan UMNO yang menipu PAS dan menendang PAS keluar, tapi PAS sendiri menolak calon PAS iaitu Mat Nasir dari menjadi Menteri Besar pada satu ketika dahulu. Itu kisah sebenarnya, bukan UMNO patut disalahkan. Namun menurut TSHZ fakta tersebut beliau tidak nyatakan kepada TGNA ketika perjumpaan tersebut.
3.9. TSHZ menyatakan pada TGNA adalah lebih baik berkawan dengan UMNO daripada berkawan dengan Cina sebab hati Cina adalah tidak betul sebab Cina adalah kafir.
3.10. TGNA akhirnye bersetuju dengan pandangan TSHZ, dan berkata idea itu bagus, tapi TGNA kata dia bukanlah Presiden PAS yang boleh buat keputusan, kena tanya TGHA sebab dia Presiden.
3.11. TSHZ berkata beliau tidak akan berjumpa dan bertanya kepada TGHA disebabkan TSHZ hanya mahu bertanya kepada Mursyidul Am sahaja.
• Bagi TSHZ jika Mursyidul Am kata boleh bekerjasama maka bolehlah. TSHZ berkata jika TGNA telah bersetuju maka TGNA sendirilah yang perlu menelefon TGHA.
3.12. Masa perjalanan pulang ke Perak, TGHA menelefon TSHZ mengatakan dia bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh TSHZ. TSHZ juga menelefon Ustaz Harun Din, dan Ustaz Harun pun menyatakan persetujuan beliau.
• TGHA kata walau dia bersetuju, tapi itu bukan keputusan Presiden sebab keputusan hanya terletak pada hardcorenya, iaitu pada kuasa Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak.
3.13. Bila sampai Perak, TSHZ menelefon Ustaz Ahmad Awang menyatakan keputusan ketiga-tiga TGNA, TGHA dan Ustaz Harun Din yang bersetuju dengan cadangan tersebut, namun Ustaz Ahmad Awang berkata beliau tidak bersetuju.
• Ustaz Ahmad Awang berkata lebih baik berkawan dengan orang kafir daripada berkawan dengan orang Islam yang zalim.
• TSHZ menyatakan pada Ustaz Ahmad Awang satu hadith sohih; “bantulah saudara kamu yang zolim atau dizolimi”, iaitu kita hendaklah menasihati dan mendekati kerajaan yang zalim agar mereka agar mereka tidak melakukan kezaliman.
• *** Nota: Maksud Hadith yang cuba diselindungkan TSHZ dengan hanya menyatakan untuk kita “menasihati dan mendekati” mereka yang zalim tersebut, dan tidak menyebutpun kewajipan kita untuk menghalang mereka dari melakukan kezaliman;
Maksudnya; Nabi s.a.w. Bersabda: “Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim”. Seorang lelaki bertanya, “wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?” Jawab Nabi, “berhentikanlah atau halanglah dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia”.(berdasarkan Sohih Bukhari:6438)
3.14. Ustaz Ahmad Awang tidak mahu menerima pandangan TSHZ, dan Ustaz Ahmad Awang berkata beliau menggunakan kaedah usul fiqh, “akhaffu dhorurain”.
3.15. TSHZ mempertikaikan di mana wujudnya “akhaffu dhorurain” tersebut? Dan adakah lebih bahaya orang Islam dari orang kafir?
• Al-Quran menyatakan kita boleh berkawan dengan orang kafir tapi kalau kita kasih pada orang kafir maka kita akan jadi kafir juga.
• Dan kalau kita putuskan hubungan dengan orang Islam maka hukumnya kita tidak akan masuk syurga.
• Al-Quran juga menyebut tentang Yahudi dan Nasora tidak redho dengan Islam selama-lamanya, maka itu juga bermaksud semua orang kafir sebenarnya tidak akan redho dengan Islam.
• TSHZ menyatakan itulah sikap orang Melayu bila bergaduh, dan mereka sudah tidak mahu menggunakan pandangan Al-Quran.
3.16. Selepas itu TSHZ berkata Ustaz Ahmad Awang campak telefon dan tidak mahu lagi bercakap dengan TSHZ.
4. Kisah sebenar kedudukan Melayu dalam Isu Perak
4.1. Masyarakat hendaklah ambil iktibar hasil perpecahan Melayu contohnya di Perak; walau hanya di perintah oleh Pakatan Rakyat selama 11 bulan, kita dapati sekarang ini di mana sahaja ada kawasan majoriti Melayu dan Melayu boleh menang di kawasan itu, pasti DAP telah pindahkan pengundi Cina seramai mungkin, hingga sekarang ini tidak ada lagi satu pun kawasan yg menjadi majoriti Melayu di Perak.
4.2. Selama 11 bulan pemerintahan DAP di Perak, tanah rezab tempat komunis pada satu masa dahulu, dan semua semua tanah-tanah strategik telah diberikan kepada Cina.
4.3. Pakatan Rakyat telah beri tanah pada Cina untjuk tempoh 999 tahun sedangkan polisi hanya membenarkan pemberian setakat 99 tahun sahaja.
4.4. Sebenarnya isu lompat parti oleh 2 PKR dan 1 DAP keluar Pakatan Rakyat adalah disebabkan wakil rakyat tersebut tidak bersetuju dengan keputusan yang tidak adil dan menganiaya kaum Melayu tersebut.
• Wakil-wakil rakyat tersebut sebenarnya bukan kena beli atau dilarikan seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat, tetapi sebenarnya mereka melarikan diri disebabkan mereka hendak dipukul.
5. Usaha penyatupaduan Melayu
5.1. 2 minggu sudah 160 NGO termasuk NGO-NGO dari Perak berkumpul dan berjumpa TSHZ meminta jadi Penasihat mereka untuk perpaduan Melayu.
• Mereka berkumpul di PWTC yang turut dihadiri oleh TSHZ, dan mereka menyediakan resolusi yang diserahkan kepada Najib.
• TSHZ menasihati mereka usaha tersebut dibuat bukan atas nama parti politik buat, buat atas nama NGO Melayu semata yang mahukan perpaduan Melayu dan bahaya perpecahan.
5.2. Bagi TSHZ, UMNO dan PAS hendaklah bersatu, dan betulkan apa-apa yang telah salah dan belajar dari kesalahan lampau.
• TSHZ menyatakan beliau sanggup untuk duduk menjadi orang tengah untuk menyatupadukan orang Bumiputera yang tinggal hanya 54% ini, termasuk Bumiputera Sabah & Sarawak.
5.3. Pada minggu sudah sebenarnya ada pimpinan tertinggi PAS yang bertaraf Yang Berhormat bersama dengan peguamnya datang berjumpa TSHZ dari jam 7pm (selepas maghrib) hingga 11 malam di sebuah hotel, meminta TSHZ mencari jalan penyelesaian untuk menyatu-padukan semula kaum Melayu, sebab kata YB tersebut dalam PRU13 kelak 75% Cina sekarang bersatu menyokong Cina.
• TSHZ berkata beliau sudah tidak tahu hendak berkata apa, disebabkan TSHZ telah cuba yang terbaik untuk menyatupadukan Melayu di Perak pada satu masa dahulu.
6. Pesanan kepada pelajar, i.e jawapan balas kepada pelajar selepas disoal berkaitan
beberapa perkara;
6.1. Hukum lompat parti;
• Isu lompat parti tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam dan disebut di dalam Al-Quran. Hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak, ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun.
• Sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan TSHZ menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun.
• TSHZ hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa.
• TSHZ menyatakan tidak kiralah parti apa pun yang memerintah sebenarnya tidak ada bezanya.
• Semuanya hanyalah 2x5 sahaja.
• Walau Kelantan dan Kedah diperintah oleh PAS, apa yang berbeza hanyalah azan berkumandang di supermarket di Kelantan ketika masuk waktu, dan gerai-gerai tepi masjid tutup bila azan berkumandang.
• Sedangkan rekod jenayah adalah paling tinggi di Kelantan, dan Kelantan menjadi negeri yang paling kotor di Malaysia.
• Contohnya di Indonesia pula katanya wujud 70 parti Islam, yang menjadikan mereka gagal memerintah di Indonesia disebabkan perpecahan mereka.
6.2. Maksud sebenar hadith “tolong saudara kamu yang zalim”;
• TSHZ ditanya oleh pelajar tentang sepatutnya cara “membantu orang yang zalim” setelah sekian lama gagal menasihati mereka, maka sekarang hendaklah menggunakan kuasa politik untuk menukarkan kedudukan mereka agar tidak lagi memberikan ruang mereka melakukan kezaliman, sesuai dengan maksud sebenar hadith tersebut, sesuai dengan maksud sebenar hadith tersebut.
• TSHZ menyatakan maksud hadith itu hanya adalah meminta rakyat menasihati, mendekati dengan orang yang zalim tersebut, agar mereka tidak lagi melakukan kezaliman tersebut. TSHZ tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan pelajar tersebut.
• Sebaliknya TSHZ menasihati pelajar tersebut hendaklah fokus dan belajar bersungguh-sungguh, dan hendaklah menjadi pakar dalam bidang yang beliau ceburi.
• TSHZ menasihati pelajar yang dihantar ke luar negeri jangan sesekali bermain dengan politik, dan hanya boleh bermain politik selepas belajar dan bila sudah bekerja.
• TSHZ juga meminta pelajar jangan sesekali memaki kerajaan yang ada, sebab ramai pelajar di luar negara berterusan memaki kerajaan sedangkan bila hendak dipotong biassiswa mereka bukan main marah.
6.3. Hukum Judi Bola oleh Najib untuk membantu Ekonomi
• Sebenarnya mengikut Awang Adek kerajaan hanya hendak menahan dari berlaku perjudian haram yang tidak mampu dikawal oleh kerajaan dengan kehilangan RM10 hingga RM20 billion, dan dengan memberi lesen kerajaan dapat mengutip cukai.
• TSHZ menyatakan beliau telah bersuara dan menelefon sendiri kepada Najib, tetapi Menteri Kewangan menyatakan beliau tidak tahu-menahu tentang itu.
• Saya seterusnya dan menulis surat kepada Najib menyatakan perkara itu tidak boleh dilakukan.
• TSHZ menyatakan dia yakin kerajaan akan tarik semula lesen judi itu.
6.4. Gagalnya ekonomi dan pendidikan Melayu maju sebenarnya turut disumbang oleh kegagalan kerajaan yang gagal berperanan dan hanya mengutamakan segolongan politik Melayu yang kecil sahaja
• Sebenarnya kerajaan telah membuat satu tindakan yang terbaik untuk membangunkan Melayu, tetapi kaum Melayu itu sendiri yang gagal memajukan diri sendiri.
• TSHZ tidak memberikan jawapan khusus untuk persoalan ini.
Rujukan I
Statistik Anak Luar Nikah oleh JPN 21/03/2010
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/17_303anakluarnikahdidaftar2009/Article/
17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan
di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak
luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh
pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).
Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).
“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.
“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan
dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,”
katanya. Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.
“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.
“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka
boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment