Tuesday, May 11, 2010

Diorang ni buta,tuli ataupun bisu..........



Dimana suara-suara mereka dalam isu ini.......

Dilaporkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia, awal Jun ini....Tidak tahukah mereka ini bahawa Judi itu hukumnya ialah HARAM dan bukan HARUS........

Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Artis yang akan mengadakan konsert ialah Pitbull..

.

"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah,...Tapi kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya akan mempersembahkan kedua-dua lagu berbaur lucah itu di pentas konsert.Maka akan bergoyang dan bergelek sakanlah para remaja Melayu Islam sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka......

Tapi mereka tetap membisu dan terus membisu......Bukankah Baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Daripada Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

Setahu aku mereka ini memang berkuasa sebagai seorang Mufti..tapi mengapa mereka masih membisu..........


Mungkin inilah jawapannya:

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk
(Hadis diriwayat Al-Hakimi)

Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamak suk dan yang sebaik-baiknya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat)
( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)

Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan ) pemerintah.
Dan pemerintah yang baik pula ialah yang datang merujuk kepada ulama(akhirat)
Dipetik dari kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sila anda bandingkan Mufti-Mufti itu dengan Mufti 'Amar Maaruf Nahi Mungkar'

1 comment:

Anonymous said...

dari Hadith tadi memang sah le Si HARUNSANASIN DAN ULAMAK-ULAMAK KERAjaan ni TERGOLONG DALAM ORANG-ORANG YANG NABI SAW SEBUTKAN DLM HADITH BAGINDA.DEI 'MUFTI' hang JAWAB LEE...