Tuesday, May 11, 2010

Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni...3 Budak 9 TAHUN "Gang Bang" @ Cabul Rakan di dalam Kelas?..Teruslah Memilih UBN/APCO Untuk Yang Lebih Hebat lagi....

Sebelum ini, blog ini ada menonjolkan berita tentang perlakuan jenayah seks yang melibatkan budak berusia 11 tahun.

Semalam, The Star (siar semula) melaporkan perbuatan 3 orang budak lelaki berusia 9 TAHUN yang didakwa melakukan perbuatan seks terhadap rakan sekelas mereka. Fuh, 9 TAHUN! Gila!

Kejadian itu disedari oleh seorang guru wanita yang melalui kelas mereka dan mendapati kipas siling di kelas itu terpasang biarpun tingkap dan pintu kelas itu tertutup.

Belum pun sempat cikgu itu membuat pemeriksaan, tiba-tiba budak-budak itu merempuh keluar sebelum sempat cikgu itu membuat pemeriksaan di dalam kelas tersebut.


Tanpa melaporkan secara terperinci, akhbar itu menyatakan bahawa guru tersebut kemudiannya melaporkan hal itu kepada guru besar yang kemudiannya menasihati ibu bapa kepada budak perempuan yang menjadi mangsa rakan sekelasnya itu membuat pemeriksaan di hospital.


Hasil pemeriksaan itu mendapati terdapat kesan KOYAKAN LAMA pada kemaluan budak perempuan itu.


Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (Saiful Liwat kenal sangat dengan anggota polis ini) menyatakan bahawa polis sedang menyiasat kes ini.


Persoalannya, adakah budak ini menjadi mangsa "gang bang" atau cabul rakan sekelasnya? Koyakan lama? Adakah perbuatan ini sudah lama berlaku dan hanya disedari baru-baru ini?


Sukar untuk mempercayai bahawa budak semuda 9 TAHUN sudah pandai melakukan perkara sebegini! Sebelum ini kita dikejutkan oleh kes rogol yang membabit budak berusia 11 dan 12 tahun, kali ini budak-budak berusia 9 TAHUN disyaki melakukan perbuatan yang sama. Tetapi inilah hakikat! Inilah perilaku sebahagian kecil generasi pelapis Malayusia pada hari ini.

Wabak ini semakin kronik...baik dalam bidang politik, mahupun dalam dunia realiti!

Sumber

No comments: