Media pengampu BN terus membongkar dan memfitnah PR dengan pelbagai isu bagi menjatuhkan imej PR supaya persepsi rakyat kepada PR merudum.
Namun hakikat sebenar sekarang ialah parti-parti komponen BN yang sebenarnya menghadapi masalah dalaman kronik. Antaranya MCA, PPP, Gerakan, MIC dan Umno sendiri.
Semalam Perdana Menteri, Najib Razak yang juga pengerusi BN sendiri mengakui bahawa BN sedang berhadapan masalah besar.
Ketika menyampaikan ucapan pada persidangan perwakilan nasional Gerakan di Cheras, Kuala Lumpur semalam, Najib Razak meminta parti komponen BN yang sedang bergelut dengan masalah dalaman, dapat menyelesaikannya dengan segera bagi menguatkan lagi gabungan itu.
"Kalau ada masalah dalaman, cepat-cepatlah selesaikan. Tunggu apa lagi? Selesaikan masalah, kuatkan BN. Pastikan kita ada landasan, halatuju dan prinsip yang jelas" katanya.
Jadi benarlah bahawa bukan PAS sebenarnya yang berhadapan dengan kemelut dalaman tetapi BN yang sedang berkecamuk dan berganyang sesama sendiri.
Malah sehari dua ini pimpinan Umno pula mendesakkan Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon letak jawatan dari kabinet kerana dikatakan Tsu Kon gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan.
Dakwaan dan desakan ini menimbulkan kemarahan Gerakan sehingga mereka berdemo membantah desakan tersebut.
S. Wahab
Sumber:Harakahdaily
7 comments:
Salam na'im,
Puak-puak ni memang dasar suka melondeh orang..Busuk depa nak tutup rapat-rapat..Tapi akhirnya keluar jua bau busuknya...
Salam Akak,
Betul akak kita dalam jemaah ni dah sedia maklum perangai diaorang ni. Tapi macam mana pun diaorg nak tutup tetap kebusukkan UMNO/BN mencucuk hidung...
masalah orang kita ni lain pulakkk. Suka pulak bukak pekung/kurap/kudis yang bernanah kat dada sendiri ....
Bersabda Nabi Muhammad S.A.W
Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).
Hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi mungkar, mencegah orang berbuat zalim, serta menggiringnya hanya ke arah yang haq dan membatasinya juga dalam perkara yang haq.
(HR Abu Dawud dan at-Turmudzi).
Perlukah kita membela orang2 kita yang melakukan kemungkaran jelas didepan mata kita hanya kerana dia orang kita(Melayu)?
Tapi jika kita didalam jemaah pula hendaklah kita berpegang kepada Firman ALLAH S.W.T:
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan saling berdebat, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Q.s. al-Anfal: 46).
“Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan yang besar.”
(Q.s. al-Anfal: 73).
Bagaimana jika ada dikalangan org kita yg perangai sama macam mereka,pentingkan kroni bila bagi projek.
Kita nyahkan Parasit itu tiada kompromi...
Post a Comment