Wednesday, July 22, 2009
Ummat Melayu Islam yang amat memalukan....
Adakah kita sedar sikap ummat Melayu Islam disekeliling kita sekarang. Ummat Melayu Islam disekeliling kita sekarang adalah ummat Islam yang tidak mengamalkan Islam secara total. Buktinya disekeling kita sahaja menunjukkan Ummat Melayu Islam lebih suka berbual-bual kosong di kedai-kedai mamak sedangkan mereka sedar dan amat mengetahui waktu untuk bersolat Mahgrib. Laungan azan yang bertalu-talu tidak sedikit pun menyentuh hati untuk ingin bersolat.Mengapa mereka masih lagi boleh berbual tanpa merasa sedikit pun malu kepada ALLAH?. Kita lihat sahaja apabila menjelma bulan Ramadhan Ummat Melayu Islam akan berpuasa menahan lapar dan dahaga namun tidak mahu mengerjakan solat. Apakah maknanya ini?Dan ada pula yang menjadikan restoran orang kafir sebagai tempat untuk tidak berpuasa. Apakah mereka berfikir dengan mengucap dua kalimah syahadah mampu menjamin mereka masuk ke syurga. Adakah hanya dengan mempunyai nama Islam sahaja mampu menjadi pasport untuk ke syurga? Bagaimana kita hendak menyahut seruan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W? Bagaimana hendak tertegaknya syiar Islamiyah dinegara kita jika Ummat islam kita adalah ummat islam yang amat lemah. Pernahkah mereka bertanya kepada diri sendiri apakah tujuan aku dijadikan?Untuk apa aku dijadikan?Kemana aku akhirnya?.Bagaimana?Mengapa?Kenapa?.Lihatlah anak-anak muda islam,adakah mereka membanggakan agama mereka? Adakah denagn menjadi kutu-kutu rayau,mat rempit,budak punk,bohsia,berpakaian seperti ingin bertelanjang membanggakan agama mereka? Dimana silapnya? Sedangkan Rukun Islam yang lima pun tidak dapat dipenuhi bagaimana pula Iman dihati akan muncul?Bagaimana roh islam hendak membimbing jika roh islam tidak diisi dengan ilmu. Adakah dengan menonton Akademi Fantasia roh islam mereka akan bangkit?Adakah dengan menghabiskan masa berhibur membuatkan mereka semakin mendalami Islam?. Tapi mengapa bila ada kumpulan yang mahu menegakkan syiar Islam mereka ditentang habis-habisan?Mereka digelar pelampau agama? Mengapa Kerajaan cukup takut untuk mengamalkan Islam dan mengapa mereka cukup suka menyesatkan lagi remaja-remaja Islam dengan hiburan yang melampaui batas. Maka lahirlah golongan remaja yang amat menggilai seks. Taip sahaja 'Seks Melayu' diinternet maka berderet video-video aksi lucah para remaja Melayu Islam yang tanpa segan silu dirakam dan dipertontonkan secara umum diseluruh dunia. Jika inilah sikap Melayu Islam aku malu menyatakan bahawa aku berbangsa melayu cukuplah aku katakan aku beragama Islam. Tidakkah kalian juga merasa begitu??????Adakah masih kalian ingin mempertahankan Ketuanan Melayu.Siapalah Melayu tanpa Islam,mereka hanyalah seperti bangsa-bangsa yang lain namun Islam yang memuliakan Melayu.Islam yang memuliakan penganutnya bukan bangsa ataupun warna kulit wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Satu tulisan yang menarik. Semoga menjadi peringatan kpd semua. InsyaAllah.
Syukran ya akhi atas sokongan.Semoga usaha dakwah kita berterusan ya akhi.
Post a Comment