Wednesday, July 22, 2020

KENALI ZOMBIE COVID-19 (10 GAMBAR)


Manusia yang bertanggungjawab tidak buat benda macam ini, ini kerja Zombie.

Bukan sorang dua tapi 63 zombie tidak beri kerjasama untuk saringan kedua Covid-19.


Muncul makcik viral yang berada ditempat awam dalam tempoh kuarantin.


Vlogger/YouTuber terkenal Isaac Osman turut mendedahkan sikap manusia yang berotak lembu a.k.a Zombie.


Zombie² lain yang membanjiri tempat awam:






Kredit- Shahrul Studio


akhirnya Kerajaan telah putuskan:

Kerajaan hari ini memutuskan bahawa tiada lagi kuarantin di rumah bagi rakyat Malaysia dan warga asing yang tiba di negara ini mulai 24 Julai ini.

Sebaliknya, individu-individu terbabit akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mendapati terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah.

“Mulai Jumaat ini (24 Julai), tiada lagi kuarantin di rumah, tetapi (kuarantin) di pusat-pusat kuarantin seperti yang kita buat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dulu.

“Mereka yang terlibat akan menanggung kos kuarantin di stesen-stesen kuarantin, sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini. - Astro Awani

No comments: