Tuesday, July 21, 2020

COVID-19:APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG GELANG PINK KKM INI.


Foto-Facebook

Ini adalah Gelang Perintah Pengawasan yang dikeluarkan oleh KKM. Semua manusia yang baru tiba dari luar negara akan dipakaikan gelang ini dan diperintahkan untuk jalani kuarantin dirumah selama 14 hari.

Manusia yang memakai gelang ini dilarang sama sekali memotong gelang ini. Hanya petugas di Hospital Daerah sahaja yang dibenarkan memotongnya pada hari ke 15 sekiranya ujian pada hari ke 13 disahkan negatif. Memotong sendiri gelang ini adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah.

Foto- Gelang yang ditemui di KLIA dipercayai dipotong dan dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pemakai gelang ini bukan sahaja tidak dibenarkan keluar dari rumah selagi gelang tak dipotong, tetapi tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa dirumah dan kekal di dalam sebuah bilik dirumah. Ia adalah kuarantin kendiri yang menuntut disiplin dan kebertanggungjawaban sendiri.

Jika didapati keluar dari rumah, pemakai/pesakit boleh didakwa dimahkamah dan dipenjarakan jika sabit kesalahan.

Tanpa uji suhu badan, pemilik premis wajib tidak membenarkan pemakai gelang memasuki premis mereka dan laporkan kehadiran pesakit kepada pihak berkuasa.

Orangramai juga boleh buat laporan sekiranya melihat kehadiran pesakit ini dimana-mana sahaja ditempat awam.

Sumber: Zairil Eusoff

https://www.facebook.com/839532707/posts/10158886550562708/



Tag berwarna PINK untuk orang dewasa manakala tag berwarna PUTIH untuk kanak-kanak.

Ada sesetengah negeri menggunakan tag BIRU untuk lelaki dewasa dan tag PINK untuk wanita dewasa.


No comments: