Saturday, May 30, 2020

COVID-19: 98% BERPUAS HATI DENGAN TINDAKAN KERAJAAN MENANGANI PANDEMIK.


Foto-PHM

Mengejutkan. 

Undian awam yang telah dilakukan oleh PHM bermula semalam sehingga hari ini menunjukkan 98% rakyat Malaysia berpuas hati dalam tindakan Kerajaan, KKM dan Agensi-agensi frontliner dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia. 

Tindakan kerajaan bermula dengan PKP pada bulan Mac sehingga PKPB pada bulan ini telah berjaya di dalam matlamat "flatten the curve". 

Sokongan yang diberikan kepada kerajaan dan agensi front liner oleh rakyat Malaysia ketika ini adalah sangat tinggi dan tidak berhenti setakat itu. Rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dengan mematuhi SOP norma baru.  Kesan daripada PKPB yang bermula pada 4 Mei dapat kita sama-sama lihat pada hari ini. 

Kami mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan dan semua agensi frontliner atas segala pengorbanan yang telah dilakukan untuk melindungi rakyat daripada wabak pandemik ini. 

Sumber: Public Health Malaysia

No comments: