Saturday, May 30, 2020

5 TAHUN BERSABAR AKHIRNYA MELETUP, 5 DITIKAM KERANA BUAT BISING.



Foto-Facebook

SEPANG:Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan nekad menikam lima remaja yang juga jirannya serta rakan mereka dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising, terutama pada waktu malam sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan.

"Suspek juga dikatakan rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.


"Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber: Fb Bagan Serai Kampung Halamanku

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1032209080280230&id=324628477704964

Tahap kesabaran setiap orang hadnya, bertimbang rasalah dalam hidup berjiran.

Nasib baik tiada kemalangan jiwa. Seeloknya jika kita berhadapan dengan masalah seperti itu langkah terakhir selepas nasihat ialah membuat laporan Polis terhadap bunyi bising yang mengganggu itu.

Dan seeloknya janganlah ambil tindakan sendiri. Dalam keadaan kita marah itu sudah pasti ada bisikan syaitan. Seeloknya redakan kemarahan dengan wudhuk dan ingatlah pesanan Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda:

Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah. -Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)


No comments: