Monday, December 23, 2019

KALAU INI BUKAN HIPOKRIT KORANG NAK PANGGIL APA? BANTAH TULISAN JAWI TAPI GUNA LOGO HALAL JAWI UNTUK BUAT DUIT.





Foto-Facebook

Bersungguh-sungguh mereka membantah tulisan Jawi.

Tapi untuk buat duit mereka sanggup pula guna tulisan jawi yang mereka anti sangat tu.

Inilah sikap hipokrit mereka. Kenapa tidak guna sahaja perkataan tulisan Cina untuk tulisan 'Halal' itu?





Berikut adalah logo halal baru yang dicadangkan:


Kalau semua produk keluaran syarikat non-muslim dan non-bumiputera setuju guna logo baru ini aku setuju dengan bantahan mereka terhadap tulisan Jawi.


3 comments:

Lone ranger pomen said...

Semua sama. Jgn kata cina. Melayu pun akan guna ape saje utk Cari duit, masa balik kg bini Bulan lepas. Aku pegi farmasi Kat sungkai perak. Cari ubat sakit sendi utk Mak mertua Aku, Aku Jumpa ade org jual air jampi $30. Dibacakan Ayat alquran tulis Kat situ la. Air tu, Setiap Kali nak ambik, Aku pegi Kat surau Setiap Malam jumaat bleh dpt free. Org baca yasin, letak je botol Kat tengah 2. Jgn kate org Islam, org bukan islam pun Dah nampak Yg agama ni boleh dijual beli. Sape yg ajar. Kat rumah masing2 ade cermin. Tgk Dan fikir. Jgn rasa, Tapi fikir.

Anonymous said...

Dong Zong telah tanamkan ketakutan ke atas masyarakat cina dalam isu jawi 3 mukasurat (yang bukan belajar jawi pula tu, lebih kepada menerangkan tulisan jawi di jata negara, ringgit, etc).

Sebenarnya, MoE dah berlembut sangat-sangat. Sampai mereka kata, terserahlah PIBG nak ajar ke taknak dalam kelas. Benda bukan paksaan. MoE nampak lembik dan lemah.

Tetapi mereka masih memperbesarkan isu ini kerana nak hasut masyarakat cina anti melayu kaw-kaw. Tu yang sampai buat kain rentang.

Kenapa ya?

Pertama. Masyarakat cina akan benci melayu kerana beranggapan dipaksa belajar jawi (sebenarnya bukan macam tu. Mereka salah faham).

Kedua. Melayu akan bertindak balas.

Ketiga. Hubungan melayu - cina terjejas.

Keempat. Perpaduan kian rapuh.

Kelima. Akhirnya bergaduh dan huru hara.

Dan bila huru hara, apa akan berlaku? Fikirlah sendiri.

Atan said...

Pada pendapat saya, bukan semua cina bantah tulisan jawi. Dong Zong memang jahat. Depa marah sebab MoE memberi kuasa pemilihan kepada ibu bapa dan bukan Dong Zong. Depa terasa tercabar tu, jadi depa buat tuduhan yang memang nampak ketidakcerdikan depa. Rakyat Malaysia pada hari ini memang ramai yang kurang melihat pada fakta dan logik. Adakah dengan 3 muka surat tulisan jawi sahaja (bukan 3 muka surat pun, hanya beberapa patah sahaja dengan terjemahan sahaja yang panjang), anak cina akan masuk Islam? Adakah dengan 3 muka surat ni akan terjejas pembelajaran? Zaman saya belajar Bahasa Melayu dulu, 10 markah terjemahan jawi kepada rumi. Tak gagal pun saya dalam Bahasa Melayu ...
Hari ini depa membantah semata-mata untuk bantah sahaja ...ada agenda tersembunyi tu ... Mentang-mentang kebebasan berhujah diberi begitu luas sampai ... tak kan nak cari gaduh kot.