Friday, November 8, 2019

TAHU PULA KUNYIT² INI MALU.

Foto-harian metro



Dalam prosiding itu, Mohd Asri memerintahkan semua tertuduh yang bekerja sebagai penjawat awam dan swasta, menjalani hukuman penjara tiga bulan dan empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, dalam penghakimannya, beliau berkata, kesalahan yang dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan fitrah manusia.

“Kesemua tertuduh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di tingkat dua apartmen itu bersama-sama tujuh lelaki lain termasuk tiga lelaki bukan Islam selain turut ada kondom dan bahan pelincir.

“Fakta berkenaan menunjukkan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar tabii dan bukan percubaan peringkat awal,” katanya.

Katanya, hukuman denda sahaja disifatkan tidak memadai bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan persetubuhan dengan seorang atau lebih daripada seorang, dengan mana-mana lelaki di dalam sebuah apartmen di Bandar Baru Bangi pada 9.30 malam, 9 November 2018.

Mereka didakwa mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dibaca bersama Seksyen 52 dan Seksyen 28 enakmen sama iaitu percubaan untuk melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000, atau dipenjarakan tidak lebih lapan bulan atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Atras Mohamad Zain manakala, kelima-lima tertuduh diwakili peguam syarie Nurain Kamarudin.

Harian Metro pada 11 November 2018 melaporkan sepasukan pegawai JAIS menyerbu sebuah apartmen dua tingkat di lokasi berkenaan kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti songsang.

Serbuan dilakukan hasil maklumat awam berhubung pesta lelaki songsang di premis berkenaan. - Harian Metro


Setiap penyakit perlukan rawatan begitu juga dengan kecelaruan yang dihidapi mereka itu.

Nafsu perlu dikawal apatah lagi nafsu songsang. 

Aku nak cakap banyak pun tak boleh sebab aku tak tahu apa sebenarnya masalah mereka ini maksud aku apa sebenarnya punca mereka jadi begini.

Apa yang mereka lakukan itu adalah perbuatan jijik yang perlukan rawatan rohani. Rawatan rohani yang paling berkesan ialah kembali kepada Allah dan kembalilah kepada fitrah manusia.

Ibu bapa perlu kenal pasti anak² kalian yang mungkin cenderung kepada gejala kunyit ini. Jangan berkasar tapi gunakan cara lembut dan dekatkan mereka dengan agama.

Jangan pula engkau lepas tangan dan hantar ke Pusat Tahfiz nanti lain jadinya.

Ingat Nabi SAW tidak mengaku ummat terhadap puak² ini.

Sekian.



1 comment:

Anonymous said...

Seronoklah mereka masuk jel boleh buat aktivi hari-hari.
Dengar khabar kutip sabun jatuh pun kena. Syioknya.