Nuffnang

Innity

Innity

Saturday, November 9, 2019

DASAR PEMALAS, KERJA TAK MAHU DUIT MASJID PULA KAU KEBAS.

Foto-Zamri Kanji Arab

Dasar pemalas nak kerja. Duit Masjid pun nak curi. Semoga Allah beri balasan yg setimpal agar mereka kembali ke jalan yg benar...

Kredit : Zamri Kanji Arab    (BroDeen)

Sumber: Taiping Zone FB

Gambar cctv yang didedahkan pihak Masjid.

Manusia ni bila hilang rasa malu apa sahaja boleh dibuat.

Kebiasaannya spesis yang buat kerja ni adalah penagih dadah yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit untuk membeli najis dadah.

Begitulah anak bangsa kita dirosakkan. Kita hanya mampu melihat anak² muda kita merosakkan masa depan mereka.

Benda ini semua berlaku depan mata kita dan kita tidak mampu buat apa².

Sebenarnya kita masih boleh selamatkan anak bangsa kita dan langkah itu bermula daripada rumah kita. Pupuklah kesedaran kepada anak kita tentang bahaya najis dadah pada usia mereka masih muda.

Batasi pergaulan mereka, dekatkan mereka dengan agama. Ibu bapa perlu ingat episod pengenalan kepada dadah selalunya bermula daripada ketagihan merokok.

Atas dasar ingin mencuba ketagihan yang lebih 'power' maka mereka terlalu mudah dijinakkan dengan dadah.

Remaja yang asalnya boleh dibentuk menjadi manusia berguna akhirnya menghancurkan masa depan mereka dengan dadah.

Ambillah ikhtibar.

Sekian.


No comments:

Innity