yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, April 21, 2016

KENAPA ANDA PARKING MACAM KHINZIR? (GAMBAR)

 


 'Anda parkir macam khinzir!'

Saya ke bank pagi tadi. Anak terlelap di dalam kereta, jadi saya tinggalkan dengan isteri. Dengn enjin dan penghawa dingin tidak ditutup. Jam 11 selesai urusan bank. Saya kembali ke kereta. Ada kereta menghalang laluan kereta saya dan dua kereta lain.

Saya menjenguk ke kereta itu. Saya cuba cari nombor telefon kalau kalau ada ditinggalkan di papan pemuka. Tiada. Brek tangan di tarik, dan gear di parkir.

'Tak boleh tolak nampaknya'

Saya bertanyakan isteri kalau kalau ada ternampak. Katanya tak perasan. Saya tanyakan lagi dua pakcik diluar. Kata mereka, cubalah bertanya di dalam bank, petronas atau a&w. Saya akur, kemudian berjalan lagi ke bank. Sampai ke bank, saya buat pengumuman. Tiada yang keluar. Saya naik ke tingkat atas. Juga tiada.

Saya ke a&w, harapan kalau ada pemuda yang keluar. Tiada. Begitu juga petronas, hampa.

Suhu el nino ini makin mendidihkan amarah.

Kembali ke kereta, masih tiada siapa yang tampil mengalihkan kenderaan. Saya kembali ke kereta. Saya lihat, kereta honda jazz, yang juga di halang laluan ada pemandu menunggu di dalam. Saya ketuk tingkap.

"Dah berapa lama tunggu?"

'Adalah dalam setengah jam, aku parkir sebab nak beli air di petronas. Tahu tahu kena halang sampai sekarang'

Aku makin menyirap. Ikutkan amarah, mahu aku hempuk cermin kereta itu dengan batu. Tarik brek tangan kebawah, tukar gear dan tolak. Isteri aku bilang jangan.

Aku kembali ke bank, petronas dan a&w. Mencuba nasib. Masih gagal.
Sudah satu jam.

Aku perhati kereta, nasib aku di tepi. Yang halang adalah separuh bahagian hadapan kereta tadi dan tiang. Kakak petronas datang, katanya. Cubalah cabut tiang, supaya aku boleh keluar. Orang dah ramai berkumpul. Dua tiga orang bantu aku cabut tiang, kami umpil dasar tiang, gegarkan. Sepak, Alhamdulillah, dalam 15 minit berjaya. Atas bantuan orang ramai.

Hampir sepuluh minit, isteri cuba keluarkan kereta, penuh hati hati. Orang ramai juga bantu. Alhamdulillah berjaya.

Aku tak tahu bagaimana abang honda jazz yang jauh ke dalam mahu keluar. Ikutkan situasi, aku memang dah terlalu lambat untuk segala urusan lain. Selesai kereta dialih, aku ambil tiang tadi. Aku letakkan atas cermin depan kereta tadi.

Akak petronas kata 'eh janganlah dik, nanti ada yang kata kami buat'.

Aku kata, dia takkan kata petronas yang buat kalau dia sendiri perangai umpama khinzir. Aku yakin, dia tahu dia menghalang, tetapi terlalu takut nak tampil keluar.

Kau pemandu WMG 4854, layak mendapat jari tengah. Anda parkir macam khinzir!

N'N: Khinzir lebih mulia sbb tidak dikurniakan akal...

9 comments:

Anonymous said...

Klu aku pancitkan 4 tayar musibat ni.

ali abu said...

ciri2 org islam bukan cmni

Anonymous said...

Jk aq pancit kan jee tyer dia....biar dia sedar diri tuu kinzir bodoh.

Anonymous said...

Letak taik atas cermin keta dia tu

Anonymous said...

Aku xfahamla, apa salah khinzir sehinggalah dihina sedemikian rupa,khinzir juga makhluk Tuhan,khinzir juga xminta dia dijadikan sbg khinzir, kalau dia buat pilihan mungkin dia nk jadi pemimpin2 blh dpt byk derma

Anonymous said...

Ada kawan kat jpj tak? Senang je nak tahu sape khinzir tu.

Anonymous said...

Kalu aku, senang je.... kasi rodok je... Dah penah Kena kes cam ni. Ada mamat bangang Park rapat depan p-up aku, Nak kuar tak boleh. Tak da masa Nak tunggu, kita kasi rodok la...

Anonymous said...

Klu aku....kompom dah barai cermin.

Anonymous said...

Bro...kalau dah pancit empat2 tayar camana brader tu nak keluar?
Jangan macam tu sedara. Nasib baik brader tu tidak berfikiran macam tu...kalau tidak bole bertumbuk kat situ.
Tapi bro...lu relek je dok bagi komen bangang sambil minum air ketum, yang susahnya orang lain yang sebab ikut cadangan lu.
Cuba berfikir sebelum berkata2. Sekadar nasihat...nak terima Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)