Tuesday, March 29, 2016

DEKLERASI RAKYAT ANJURAN PH DAN MAHATHIR SURAM TANPA SOKONGAN DSAI DAN PAS (GAMBAR)


Signal yng diberi DSAI sgt jelas sama seperti kenyataan Presiden PAS yng berpendapat menjatuhkan Najib tidak akan mengubah apa2 pun... Sistem korup UMNO/BN sama... Dulu kita fikir kita selamat daripada kezaliman Mahathir sehinggalah Najib mentadbir... Adakah kita fikir selepas Najib berundur sistem akan berubah?

Kalau anda tidak boleh terima pendapat TGAH sepatutnya anda boleh terima pendapat DSAI kerana dia lebih kenal siapa UMNO/BN...

Kalau anda perasan kelibat Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak kelihatan... Anda faham apa maknanya bukan...

6 comments:

Anonymous said...

Kami macai dap bang...apa tokong kami suruh kami dgr dan kami taat..iman kami pd tokong terlalu tebal...bapak tokong ahli fatwa...semua darah daging tokong suci bg kami

Anonymous said...

Hari ni benci najib...esok pm baru naik...ampun najib pulak..lusa naik pm umno lain...ampun pulak pm yg ganti najib...aduihhhh

Anonymous said...

Orang kata kalau ada bisul kat badan..buang punatnya. Kalau tak bengkak dan bernanah. Sakit satu badan. Silap2 penyakitnya merebak lagi lah parah. Jadi, punat bisul yg mesti kena buang ialah si Najib.

Na'im Nikmat said...

Dulu punat bisul tu ialah Mahathir, lepas buang punat bisul tu apa yang jadi?

A. Badan semakin sihat
B. Bisul kembali naik dibadan kali ni lebih teruk siap ada ulat.

Tolonglah cerdik sikit dan jangan samakan Malaysia dengan bisul...

Anonymous said...

Serba salah bro, kalau tak buang bisul berulat ni sekarang, makin teruk, badan dah kurus kering, silap silap boleh mati

Na'im Nikmat said...

Anwar Ibrahim kritik pakatan Dr.M-Kit Siang
30 Mac 2016 12:30 AM

KUALA LUMPUR 29 Mac – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai tidak memberi penekanan kepada kuasa rakyat.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Anwar menyifatkan gerakan pakatan itu tidak memberi sebarang perubahan kepada institusi penting di negara ini selain mengurangkan kuasa rakyat.
Kata Anwar kepada pembe­rita di luar mahkamah Jalan Duta di sini semalam, apa yang dilakukan Dr. Mahathir dan Kit Siang tidak mencukupi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kamu tidak boleh menggunakan golong­an elit untuk menentukan hala tuju negara. Ia mesti menerusi pilihan demo­krasi rakyat. Jadi, kembali kepada tadbir urus institusi dan demokrasi. Itu yang didapati kurangnya dalam deklarasi yang dibawa oleh mereka,” katanya.
Tambah Anwar, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara institusi yang perlu diubah.

Ditanya siapa yang boleh menggantikan Perdana Menteri, Anwar berkata, itu tertakluk kepada rakyat untuk menentukannya, bukan UMNO.
“Mesti ada pilihan raya yang demokrasi dan adil,” katanya