Thursday, February 4, 2016

KENAPA MASIH ADA GURU SEKOLAH YANG BANGANG TANYA ORANG INI...



Ini jawapan Cikgu Mohd Fadli Salleh

Terbaca post ni sebentar tadi... Baca kali pertama mmg terasa nak marah, bila baca kali kedua kesian pulak kat penulis post ni...

Taraf ni punya level pemikiran pun ada hati nak buat post. Post pulak kat group KGM. Meh sini tukang post, biar cikgu Fadli sekolahkan awak semula.

Pertama sekali nk tanya perkara paling asas dan mudah? Kenapa murid di denda? Ok,kita guna jawapan dan cadangan awak yer..

"Kalau pun tak siap kerja rumah, jangan dirotan atau dipukul."

"Denda dia dgn suruh salin atau buat kerja rumah hingga siap"

Hahaha,maaf,xtahan nak gelak. Kerja rumah yg disuruh buat,tapi xbuat nk suruh denda minta siapkan kerja rumah? Itu bukan denda. Itu menyuruh murid buat benda yg sama berkali2. Benda yg memang murid tu malas nak buat.

Ibarat pemandu tanpa lesen,bila polis tahan polis tu cakap "Kenapa tiada lesen ni? Disebabkan awak tiada lesen, saya denda awak. Dendanya awak kena buat lesen."

Kau ingat pemandu tu nak pegi buat lesen? Kirim salam je lah, sebab dia tahu kalau esok dia kena tahan lagi,polis cuma "denda" dia suruh buat lesen je pun.

Meh sini nak cerita kisah aku dengan murid aku Tahun 1. Diulang yer, murid tahun 1. Cara aku mngajar sejak 11 tahun lepas mudah je. Aku xsuka menengking murid,menghalau dari kelas,marah2 mahupun memalukan murid. Memang aku tak suka. Mmg bukan cara aku. Hari pertama masuk kelas aku pesan siap2 kat murid :-

1) buku teks dan aktiviti wajib bawa setiap kali aku ngajar maths.
2) kerja sekolah atau rumah mesti siap,tiada alasan.
3) murid yg gagal siapkan kerja rumah atau gagal bawa buku hukumannya rotan di tapak tangan dengan pembaris kayu 30cm.
4) tiada rotan untuk murid yg salah, rotan hanya untuk murid yg malas.

Bulan pertama, murid tak bawa buku atau tak siapkan kerja rumah aku tidak rotan. Tapi aku maafkan dan tegaskan sekiranya berulang,tiada lagi maaf.

Minggu pertama bulan kedua, murid yg xbawa buku aku rotan 3x, minggu kedua meningkat 5x,akhir bulan 10x (maksimum rotan dah tu). Murid hanya dirotan setelah diberitahu apa salah mereka. Masuk je bulan ke 3, aku masuk je dalam kelas, xdan bagi salam, xdan cakap apa2 berderet dah murid datang depan hulur tangan. Bila ditanya kenapa,masing2 pakat jawab "Rotan saya cikgu, saya tak bawa buku. Rotan saya cikgu,saya tak siap kerja rumah"

Murid minta dirotan. Kau paham tak? Mungkin murid itu bukan murid yg bijak, tapi sekurang2nya dah dah paham erti tanggungjawab. Dia dah tahu dia buat salah dan sanggup terima hukuman. Aku mungkin tak berjaya buat murid tu paham sesuatu topik, tapi aku berjaya buat mereka faham apa itu makna tanggungjawab!

Hari demi hari,bulan demi bulan, bilangan murid yg xbawa buku atau xsiap kerja rumah makin berkurang sehingga satu tahap aku tidak lagi perlu merotan murid..

Oh,sebelum kau lupa,meh aku ingatkan balik. Ini cara aku didik murid tahun 1. Yang umurnya 7 tahun. Yg kau aku rasa dan lebih umur 30 tahun masih xreti2 tanggungjawab sebagai ibubapa? Xreti2 nk check buku anak2 tgk ada kerja rumah ke tidak? Xreti2 nk bantu anak siapkan kerja,bagi semangat? Reti komplen je ke?

Malu la kat anak2 didik aku yg umur 7 tahun tu. Mereka dah reti erti tanggungjawab, kau pula hanya reti komplen itu ini. Hanya reti membangangkan para guru.

Orang macam ni biasanya hebat bercakap dalam fb je pun. Mesyuarat PIBG kompem xnampak batang hidung.

Banyak lagi aku nak bebel ni... Tapi bateri dah low sangat dah ni. Buat cikgu Fadli marah lagi, kan dah penat kau nak baca. Paham ke tak ni? Ke nak kena rotan dulu baru paham?

N'N: Ini baru buku bertemu ruas, aku pro kepada Cikgu Fadli...Kalau semua benda kau nak harapkan cikgu buat, baik kau tak payah buat anak sbb anak itu Amanah...

7 comments:

Anonymous said...

aku bukannya cikgu..tapi aku menghormati cikgu..yg tukang bangangkan cikgu..dulu kamu belajar ngan sapa..biarlah cikgu menguruskan pelajarnya disekolah.yang ko sibuk buat apa.ko sendiri pun tak ada cara nak selesaikan masalah..cuma nak komen..apa yg hebat sangat idea ko tu...lg satu ko ni nak mengampu sapa..dah mcvm ahmad maslan der.

Anonymous said...

Cikgu fadil tak menjawab pon poin dalam KGM tu, dia bersimpang siur menjawab dgn pengalaman dan analogi tak seberapa dia. Kalau ikot analogi lesen memandu dia tu, penjara lama dah ada rotan, isolation, gantung smpi mati tapi ade ke rakyat semua jadi tambah baik? Tak kan...apa makna hikmah pon cikgu fadil ni tak paham, rotan tapak tangan je la dia paham...

rugi gomen bg gaji...

Anonymous said...

agaknya ada seorg menteri perdana sebuah negara afrika tk pernah merasa rotan kot masa sekolah dulu bila mencuri.

kini negara afrika tu sengsara rakyatnya kerana dia mencuri byk.

anyway kaedah rotan ni ada diterangkn dlm agama kita

Anonymous said...

Denda dia buat semua keje rumah? Denda alaf baru ke tu? Ke denda gen y? Hahahaha....kompem bapak tak pernah kena denda masa sekolah dulu...

Anonymous said...

'Kalau ikot analogi lesen memandu dia tu, penjara lama dah ada rotan, isolation, gantung smpi mati tapi ade ke rakyat semua jadi tambah baik? Tak kan...'...Yang tak baik tu sebab tak pernah kena penjara.

Anonymous said...

sorry mencelah

aku bukan tak suka datang miting cikgu, tapi makan tak best la

juadah wajib : epok-epok, karipap dan temposa

boringnya

tak boleh fikir ke nak hidang yang best sikit utk mak bapak penjaga sesuatu yang lebih sesuai di abad ini?


kalau para guru masih tak boleh nak selesai isu makan mak bapak, nak harap apa dengan cikgu yang pakai pembaris 30cm. Itu jerla modal dia ada.

nazi kelawar said...

Saya tertarik dengan penulis yang membangangkan guru yang mendenda murid ini.Saranan dan harapan saya agar penulis ini dan mereka yang sewaktu dengannya mencebur diri dalam bidang kerjaya perguruan.Jadi guru,InsyaAllah disiplin pelajar dan hormat pelajar kepada guru guru akan dapat diatasi dan berkemungkinan besar tiada lagi pelajar malas dan tidak berdisiplin.Kerana mereka yang suka dan selalu membangangkan guru ini lebih kreatif dan anovatis.Mungkin minat mereka terhadap profession guru lebih mendalam.Cumanya sekarang ini, kelulusan untuk menjadi guru sekurang kurangnya ijazah sarjana muda, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Tk.