yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, February 5, 2016

BOLEH MENANGIS KEYBOARD WARRIORS BILA ANAK MB KEDAH YANG BARU JAWAB TOMAHAN KEYBOARD WARRIORS TERHADAP BAPANYA.


Anak bongsu Menteri Besar Kedah, Azira Hafiza Ahmad Bashah berkongsi pesanan yang panjang dan mendalam kepada mereka yang menyerang keperibadian bapanya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut laporan blog pro-UMNO, MYKMU.net, perkongsian yang dibuat dalam laman sosial Facebooknya itu dipercayai dilakukan sebagai memberi sokongan moral kepada bapanya yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada hari ini.

Ini pesanannya..

Buat yg hina bashah kerana ada srp.saja. sila baca ….

Bismillahirrahmanirrahim.

Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata2 nak burukkan abah. Orang yg rakam video tu merangkak la dekat padang masyar mintak maaf sebab sebar fitnah. But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tu lah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda master, takda phd, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tgk adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact. Mana ada istilah pakai cable/bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri. Tapi sendunya hidup bila assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain. Yes, this one is for you my friend. Shame on you. Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka master ka phd dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat facebook. Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu ? Kan ?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat. Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. Weols okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan. Abah ada cakap apa tak ? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat. I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that, don’t use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni. Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. And paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu. Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis GE13 dan abah mula tugas sebagai timbalan kpdnkk, believe me dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke harini abah ulang alik kl ke kedah without fail. Mana kerja di kpdnkk. Mana kerja disini lagi. So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know nothing. Dah berapa penggal dia jaga dun ? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik kedah sebulan sekali pun rasa letih. Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him. Macam saya katakan tadi, saya respect dan sangat okay dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard ? Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu Allah bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/sponsor, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.

Kalau abah ada salah dan silap dengan mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti ? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab. Berdoalah andaaa para keyboard warriors sekaliannn sebab kalau sumpah seranah bukan Allah dengar pun. Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh Allah yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it. Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).

InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir. Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang benar,
Luahan hati anak bongsu.

N'N: Setakat ni kita tak tahu lg prestasi MB baru Kedah...Kalau tak perform bersiap sedia untuk dikritik...

11 comments:

Anonymous said...

Tak menangis la baca ni pun. Dah memang ayah dia tidur waktu hari penting plak tu. Depan2 orang nampak pun dia tidur inikan plak xnampak. Orang orang umno memang penuh dengan orang xberapa cerdik. Yang belajar tinggi pun bodoh inikan pulak yang belajar setakat SPM. Kita boleh bezakan tahap pemikiran orang ni ikut die punya tahap pelajaran. Takkan setakat ada dato n sebab ko orang UMNO boleh jadi MB. Kalau nak ikut ada SPM tu memang xlayak sangat dah.

Anonymous said...

Berbalik dgn kelulusan Ahmad Bashah, bayangkan Ahad Maslan yg menjawat jawatan menteri mengaku CGPA 3.85 tapi tahap kebodohannya mengalahkan org yg hanya belajat setakat darjah 6. Inikan pulak belajar setakat SRP, bayangkan camna IQ dia. Bebalik tentang SRP/LCE pada zaman Ahmad Bashah sistem pelajaran ketika itu tidak macam sekarang. Sesiapa ketika itu yg tidak lulus peperikasaan SRP/LCE tidak akan naik ketingkatan seterusnya utk layak menduduki peperiksaan SPM. Mungkinkah Ahmad Bashah tidak lulus SRP/LCE g menyebabkan beliau tidak dpt meneruskan pelajaran ke peingkat seterusnya.

Anonymous said...

Ini karangan UPSR bertajuk 'BAPA SAYA BAD SHAH' ke........????

Anonymous said...

great malay vibrator says: can we get married? I like your father and Tok Mat Rawi..

Anonymous said...

Seorang anak mempertahankan bapanya adalah perkara biasa di mana kebaikan bapa akan diumumkan kepada orang ramai tetapi keburukan bapa akan disembunyikan dari pengetahuan orang ramai.

Sebaik-baiknya anak tersebut bersikap neutral dan berfikir secara kritikal dan rasional samada tindakan bapanya menggulingkankan seorang MB yang berani menegur tindakan PM dan kemudiannya bapanya dilantik menjadi MB baru merupakan tindakan bermoral atau tidak bermoral.

Dan anak itu sepatutnya berfikir adakah bapanya layak menjadi MB berdasarkan ciri-ciri pemimpin Islam:

1. Beriman dan bertaqwa

2. Beraqidah ahli sunnah serta berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan sunnah.

3. BERILMU dan mengasihi para ulama' serta suka menerima nasihat dari mereka.

4. Amanah dan jujur dalam menunaikan kewajipan terhadap rakyat.

5. Adil dalam berhukum dan membuat keputusan.

6. Berani melaksanakan kebenaran dan menunaikan kewajipan.

7. Penyayang dan mengasihi umat Islam serta membela golongan yang lemah.

PERINGATAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN RAKYAT:

Rasulullah salallahualaihiwassalam berdoa :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

"Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia.". [riwayat Muslim]

Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhori [7150]).

Na'im Nikmat said...

Kalau tidak keterlaluan sy rasa hny seorang MB yng ada ciri2 yng tuan nyatakan beliau ialah Almarhum TGNA.

Anonymous said...

betul kata tuang adming, hok ada lenie ...hrrrmmmmmmm

Anonymous said...

Great Malay Deeldoe says: jangan cakap banyak la Azira Hafiza weh.. hang dok teriok pasai dok maroh kat oghang ngata kat pok hang tapi AKU nak pesan kat hang mintok hang PESAN kat pak hang (kalu hang sayang kat pok hang laa) HABAQ kat dia STANDARD pemimpin yang oghang suka & sayang telah ditetapkan IAITU Almarhum Tok Guru Nik Aziz & Presiden Jose Mujica!! Hang hapai nama2 nih dan TULONG peringat pok hang.. ada paham?

Anonymous said...

Anak DS Anwar Ibrahim - abah dia bukan setakat kena maki/hina, fitnah, scam video viral bagai, kena pukul, masuk penjara.

Anak dia bukan setakat tulis, menangis lagi.

Abah awak ada ?

Anonymous said...

José Alberto "Pepe" Mujica Cordano adalah ahli politik Uruguay di Amerika Selatan dan dia telah menjadi presiden Uruguay yang ke40 dari 2010-2015. Beliau adalah presiden yang suka merendahkan diri dan mendermakan 90% dari gaji bulanan beliau $12,000 untuk orang miskin dan usahawan kecil.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah bekas menteri besar Kelantan yang sangat zuhud dan warak.

Sekarang sila beritahu saya siapakah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai ciri-ciri seperti Nik Abdul Aziz dan José Alberto "Pepe" Mujica Cordano.

Lanblack Lanblack said...

kesihan..bapa pnya pasal,ank ank pun tension

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)