Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.
"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.
"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.
Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.
Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.
"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.
"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.
Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.
Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.
"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.
"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.
Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.
"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya - TMI
5 comments:
alangkah baiknya kalau diorang buat gitu kat ahli-ahli PAN yang meinggalkan PAS setelah kalah dalam pemilihan sebab sekarang golongan inilah yang paling kemaruk mencari sokongan walaupun diludah-kahakkan oleh semua kaum samada kaum cina, india, melayu, benggali dan orang asli.... tapi oleh kerana tak dapat menerima kenyataan 'orang tak sudi' kat diorang kini mereka menjadi gila meroyan lebih lebih lagi 'barisan' blogger yang semakin gila babi kerana semakin mereka cuba menaikkan imej PAN dan memburukkan imej pihak lain semakin bertambah orang-orang yang membenci mereka termasuklah yang sebelum ni ada menaruh sedikit 'belas kasihan' kat diorang. tapi oleh kerana sikap buruk terlaknat mereka membuatkan golongan yang 'belas kasihan' kat mereka dah mulai membenci... Buktinya kat tempat kerja kami ni, semasa baru-baru heboh cerita geng-geng yang kalah dalam pemilihan PAS dan mula menubuhkan Amanah dan entah apa-apa lagi kami memang rasa kasihan tapi semakin hari semakin terserlah sikap buruk mereka dan ditambah lagi dengan para blogger yang mencaci serta memburuk-burukkan pihak lain kami mulai 'review' semua rasa belas kasihan kami dan sebahagian besar dari kami semakin 'kurang menggemari' golongan tersebut tambahan pula terbukti ada tangan-tangan DAPigs (yang kami membencinya sejak dahulu) yang membawa kepada rasa meluat dan kebencian dengan PAN...
Perkembangan yang serupa turut berlaku pada golongan generasi muda yang semakin merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAN..., sebab mereka melihat kalangan penyokong PAN semasa baru-baru penubuhannya dulu memang ramai tetapi kebelakangan ni mereka semakin menjauhkan diri dan tidak lagi tertarik dengan PAN... dan mereka semakin tidak menyenangi sikap blogger yang keterlaluan menjunjung PAN / Dapigs tu...
Ini kah orang Pas......islam kah? Nauzubillah aku harap orang ni bukanlah dari Pas!!!
Bertenang... Walaupun mereka keluar PAS atau mengutuk PAS tp mereka msh saudara seakidah kita... Kita doakan mereka ikhlas dlm perjuangan mereka...PAS tetap dgn dasar Islam walau siapa pun yng jd Presiden, selagi pemimpin tidak lari drpd dasar perjuangan mereka akan terus mendapat sokongan ahli dan penyokong...
Kah kah kah ....... ya lah puak2 PAN je yg akhlak depa sangat2 terpuji melangit ...... kalau tak caya pegi tengok komen2 kat blog macai PAN spt mountdweller, libang libu , cipan dsbnya bersih dpd maki hamun dan unsur2 lucah ........kononnya...... kahak ptuihh !
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Post a Comment