yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, January 28, 2016

APA NAK JADI DENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR NI, MAKIN LAMA MAKIN MENINDAS...


Dari FB Iron Steel

pagi tadi lepas sarapan aku pergi pejabat pos. da setel urusan bil di pejabat pos, hala tuju seterusnya ke MBSA untuk lunaskan cukai taksiran.

macam biase brader, ambil nombor giliran.. usha2 jodoh sepandang dua.. lebih kurang 10 minit, nombor aku di panggil.

awek kaunter tu tanye "nak bayar setahun atau separuh?"

aku jawab "ikut bil lah senang rm152.40".

sambil belek2 duit kat dompet, dalam hati memberontak juga. mane tak serabut, dalam setahun je berapa cukai nak kene hadap, tu belum cukai harian lagi. tapi aku rilek sambil senyum, hulur gak duit kat kaunter.

"rumah kos rendah?" dia tanya lagi. aku mengiyakan.

lantas bill tadi di pulangkan balik pada aku, dan berkata "cukai untuk tahun 2016 , kerajaan Selangor dah bayarkan.."

p/s- tu je nak kongsi, duit tu boleh beli barang untuk perbelanjaan dapur atau anak pokok lemon yg aku dah lama mengidam nak beli..

1 comment:

Lanblack Lanblack said...

sama lah di penang,aku nk bayar cukai, kerajaan pakatan harapan tak mau terima. tak ka kurang ajar nama nya tu? tak mau terima cukai dari rakyat.apa nk jadi depa ni..flat kami masa umno/bn perintah dari tahun 1985-2008 tak pernah cat,smpai naik hitam dia pnya kaler.kerajaan pakatan pula dari 2008 sampai skrng ni dah tukar kaler 3 kali.barua pnya guan eng.soal kebersihan tak cerita lah,cukup time sampah semua depa angkut. musibat betoi laa kerajaan pakatan ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)