Monday, January 18, 2016

PROJEK GILA KERAJAAN PAS KELANTAN?



Tiada masuk akal laluan basikal dibina betul-betul melalui tempat orang menunggu bas (gambar di bawah), ia seumpama ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang ‘gila’, kata pengguna FB Lim Lian See.

“Tidak boleh percaya terdapat lorong basikal betul-betul di hadapan perhentian bas. Letakkan kaki anda ke bawah untuk dilanggar oleh penunggang basikal pelumba, “ulasnya.


lane2 

Menurutnya, apabila lorong berbasikal dibuat secara bengkang bengkok, ia menunjukkan kerajaan negeri sedikit gila. “Tetapi lorong basikal ini yang hanya betul-betul di hadapan perhentian bas adalah benar-benar gila. “Mungkin CAT (haiwan) adalah orang mengecat lorong itu. Atau ‘C’ dalam CAT bermaksud gila (crazy) dan tidak cekap (not competent),”ulasnya.

Seorang lagi pengguna FB Azizi Safar pula mempertikaikan siapakah dalang di sebalik projek ini kerana ia pernah dinafikan kelulusannya oleh pihak MBPP sendiri.“Dilaporkan dalam media bahawa MBPP mendakwa tidak meluluskan projek ini. Jadi siapa yang meluluskan projek ‘mengecat laluan pejalan kaki hijau ini?,”soalnya.

Satu perkara lagi yang dipertikaikan ialah kos projek itu yang dilihat tidak masuk akal untuk projek tangkap muat seperti itu. RM 30 Juta untuk projek laluan basikal sepanjang 12.5 kilometer adakah ia munasabah?

SUMBER

N'N: Duit pembayar cukai digunakan dengan cara yng tidak berhemah, kenapa tidak dilakukan kajian dahulu sebelum projek diluluskan atau ambil model negara yng telah berjaja melaksanakan projek sebegini? CAT lah sangat...

2 comments:

Anonymous said...

Jangan diusik dap nanti ada PANjilat2 yg marah....

Anonymous said...

dap hebat..baik..perintah mcm umar ab aziz...bla..bla..bla...