Sunday, January 17, 2016

APA DOSA ANAK KECIL INI TERHADAP PENGUSAHA BAUKSIT...



Dari FB Wan Zamzahidi Wan Zahid:

Ini anak saya, Anieq. Dia sekarang dalam darjah tiga. Sejak dari umur dua tahun dia sakit. Doktor temui ketumbuhan dalam otak. Dalam tahun 2013, dia menjalani pembedahan dan Alhamdulillah dia semakin sihat. Bila dia berumur lapan tahun, kami berpindah ke Kuantan.

Bekalan air rumah kami diambil dari loji-loji air sekitar Kuantan yang dicemari bauksit. Ada bekalan air terawat yang jumlah Aluminium melebihi had kawalan. Aluminium akan mengganggu saraf otak dan merosakkannya. Aluminium membawa risiko korosakan saraf otak dan mengakibatkan penyakit seperti alzheimer, parkinson dan lain-lain.

Anak saya baru saja nak menikmati hidup dan melalui zaman kanak-kanak.Jangan risikokan anak saya (dan anak kamu juga) kerana ketamakan kamu pada kebendaan dunia.Jangan rosakkan masa depan anak saya (dan anak kamu juga) kerana kamu butakan mata kamu pada kehidupan dan kemanusiaan.

Lihatlah dalam mata anak kamu, dia tak pinta kemewahan, tapi dia ingin kehidupan sejahtera.

N'N: Persoalan yng timbul sanggupkah pengusaha bauksit mengaut keuntungan atas penderitaan org lain....

1 comment:

Unknown said...

Boxsite tu sebenarya perlu dilambakkan dipintu istana kerana merekalah yang berkuasa memperoleh manafaatnya.