yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, January 4, 2016

KISAH BENAR:AKU TAK MAHU 'KELING' TU SENTUH AKU, BANYAK ORANG LAIN BOLEH TOLONG AKU...

doctor 

“Aku tak nak keling datang dekat aku, tolong aku ke, banyak orang boleh tolong" itulah perkataan yang keluar daripada mulut seorang warga emas Melayu kepada seorang doktor muda berbangsa India yang kebetulan lalu ditempat kejadian kemalangan dan ingin merawat warga emas yang mengalami kemalangan motor itu...

Warga emas itu tidak mengetahui bahwa orang yang digelar 'keling' itu adalah seorang doktor... Namun apabila mengetahui orang yang digelar keling adalah seorang doktor, warga emas itu terkejut dan tidak menyangka bahwa orang yang digelar 'keling' itu adalah seorang doktor. Warga emas itu kemudiannya menukar nada dan berkata " Saya tidak tahu yang anda seorang doktor, tidak mengapa doktor boleh sentuh saya" warga emas itu tersenyum malu dan menyatakan kemaafan terhadap orang digelar 'keling' sebelum itu...


Dr Shalini Paramaswaran kemudian meluahkan perasaan terkilan beliau di media sosial dan mendapat simpati daripada netizen drpd pelbagai kaum...Status yang ditulis Dr. Shalini berbunyi " Sebelum ini saya seorang 'keling' yang hina tapi setelah tahu saya seorang doktor dia senyum dan berkata doktor boleh sentuh saya".

Status Dr Shalini itu mendapat 2,572 perkongsian, 1,295 komen, dan 7,074 like. Ada orang Melayu yang meminta maaf atas sikap warga emas itu dan ada yang menyatakan kekesalan terhadap sikap warga emas itu...

Bagi aku Islam tidak pernah mengajar ummatnya mengukur kemuliaan berdasarkan warna kulit selaras dgn firman Allah SWT yang bermaksud:


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)


N'N: Mungkinkah pakcik tu penyokong tegar U**O@P**KASA?

5 comments:

Anonymous said...

dah dekat dengan kubur tetapi pemikiranya telah di racun olehpuak2 yang jumud.tak pandai hendkmenggunakan islam sebagai agama murni kepada semua bangsa..seharusnya Dr tersebut cucuk ubt tidur yang panjang bila dia sedar baru dia tahu langit itu tinggi,

Anonymous said...

dulu nabi bersusah payah ajak puak kapir beriman kepada Allah
terkini ramai orang Islam pulak yang terpaksa diajak mengamalkan
ajaran Islam
sebab lahir Islam tapi tak pernah di didik untuk kenali Islam
nampak macam Islam tapi perangai macam kapir
jauhi dari puak sembah Allah sanggah hukum Allah
awas

Anonymous said...

Mungkin pak cik itu kurang ilmu agamanya...semoga Allah membuka hatinya untuk menjadi lebih rajin dalam membentuk akhlak keperibadian kearah yanh lebih baik. Saya rasa x perlu teka pak cik ni dari parti mana, kerana parti tak melambang dan tidak membina akhlak seseorang. Sekadar pendapat... :-)

Anonymous said...

KENAPA kurang ilmu agamanya? Kebanyakkan yg kurang ilmu agama ni x pernah jejak kaki ke masjid/surau terutama bila ada kuliah agama sbb PANAS konon tok imam nak hentam dia.. iyalah gen-X kaki 4D walau pakai kopiah,pergi masjid @ lalu tempat kuliah agama psl judi.. automatik jd perangai bab* warisan yg mudah terasa hati @ marah konon perli dia.. mengong betul. Aku keluar sekolah asrama penuh masuk sekolah arab pun gen-X spesis ni ckp aku habis study akan menadah tempurung minta sedekah sbb takde kerja.. mengong.. bukan lu punya taiko yg bagi aku rezeki..

Anonymous said...

Salute Dr.Shalini x emo handle problem ni..pakcik tu pun susah nak disalahkan ,sekolah silibus lama zaman jepun masih terbayang org jepun kasi minum air sabun pastu pijak perut,media arus perdana pun tak kurang hebatnya dalam hal racist bukan nak mengelokkan tapi lagi memanaskan keadaan.apa2 hal pun tq doktor sbb tunjuk contoh yg baik kalo x utk pakcik tu pun ,tuk org lain..tabik spring..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)