Friday, January 15, 2016

JANGAN TERKEJUT PERDANA MENTERI PERNAH SURUH ISTERINYA BELI TIKET SENDIRI KERANA TAKUT GUNA WANG RAKYAT....



Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini.Tun Abdul Razak Hussein seorang yang benci kepada perjudian dan sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja, kata bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.

Hanif yang juga bekas setiausaha sulit (ADC) kepada perdana menteri kedua itu berkata, Razak sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang negara, malah tidak berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya, Tun Raha Noah. Hanif mengimbau satu peristiwa semasa satu lawatan ke Kaherah, Mesir Razak menyuruh seseorang membawanya ke kedai replika intan untuk membeli cenderahati kepada Raha tetapi tidak jadi membelinya.

“Beliau sangat berhati-hati tentang wang.Beliau mahu membeli intan replika yang murah tetapi orang membawanya ke kedai intan yang asli, tapi beliau beritahu orang itu tidak mampu membelinya di sini kerana tidak sekaya kamu,” kata Hanif semasa seminar memperingati Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Hanif berkata Razak juga tidak suka aktiviti perjudian, mencerminkan ketegasan yang ditunjukkan bekas bosnya itu.“Beliau mengarahkan aktiviti perjudian di istana Perak dan Pahang dihentikan, malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.“Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju,” katanya.

Sementara itu, Datin Kalsom Taib, anak perempuan kepada kawan baiknya, Tan Sri Taib Andak menceritakan Razak pernah memberitahu isterinya, Raha mengenai tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar jika mahu mengikutnya bersama dalam lawatan rasmi.“Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah,” kata Kalsom pada majlis sama.

Kalsom masih teringat mengenai kisah di mana Razak tidak mengizinkan Raha mengikutnya dalam lawatan rasmi ke Kelantan dan Burma kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.“Beliau juga tidak mengizinkan Raha mengikutinya ke Kelantan dan menyuruhnya membeli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.

“Perkara sama juga berlaku dalam lawatan rasmi ke Burma apabila Razak menyuruh Raha membeli tiket penerbangannya sendiri,” kata Kalsom.Katanya, Razak juga tidak mahu menukarkan tirai di kediaman rasminya kerana bimbang membazirkan wang dengan sewenang-wenangnya.

Hari ini genap 40 tahun Razak meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari, 1976. – TMI

N'N: Malang sekali anak beliau langsung tidak mewarisi sifat beliau...

3 comments:

Anonymous said...

pak mentua dia bkn ka pemegang saham casino genting?..(noah foundation)

Anonymous said...

Woi nikmat, Kau cantik sikit nk cakap najib cm tu. Aku ni start sedar yg aku ni hidup kt msia adalah pd zaman mahathir. Ntah berapa tpm dh aku perhati. Mcm2 menteri aku dh tgk. Tp najib lah paling warak kau tau x. Dia zuhud bhai. Zuhud al uhud. Kau syukur lah sikit dpt pm wasatiah watakungsi ali baba cm najib. Aku x pham org cm ko ni nikmat. Syukurlah!!!

Anonymous said...

#Iman tak dapat diwarisi..Dari seorang ayah yang bertaqwa..# saje je nyanyi lagu RAIHAN..takkan terasa kot..hai jibby bapak ko membangunkan ,ko pulak menjahanamkankan mesia ..bapak ko menyenangkan rakyat dengan FELDA ,ko pulak menyusahkan rakyat dengan 1MDB..apa malang mesia ni dapat piem mcm ko..