Thursday, January 21, 2016

APA NAK JADI DENGAN MELAYU YANG TAK TAKUT DENGAN ALLAH SWT NI.


Sepasang suami isteri menemukan sesuatu objek yang mengejutkan selepas mengadu mengalami masalah rumahtangga yang berterusan. Kisah itu telah dikongsikan melalui Facebook Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur.

"Tempoh hari saya ada buat rawatan pagar sebuah kediaman di kawasan Jengka, Pahang bagi masalah suami isteri dan keluarga yang sering bergaduh, panas berada dirumah, sakit di bahagian sendi-sendi, sukar tidur malam, sering nampak kelibat2 didalam rumah,

Hari ni dikejutkan oleh tuan rumah, penemuan patung dicucuk jarum seperti manusia dan bungkusan berwarna hitam berisi tanah mungkin (Tanah Kubur), penemuan ini dihalaman rumah beliau.

Allahuakbar, Subahanallah, masih ada lagi manusia yang bertopengkan syaitan..bertaubatla, bertaubatla, bertaubatla kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai."


1 comment:

Anonymous said...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."(An-Nisaa' 4:48)

"Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".(Al-Maaidah 5:72)