Thursday, December 17, 2015

KORANG NI NAK JUAL HANDPHONE KER NAK JADI SAMSENG ATAU KORANG NI MEMANG SAMSENG YANG MENJUAL HANDPHONE...



1. Seorang lelaki 'dikurung' di dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa orang lelaki dek kerana beliau enggan meneruskan pembelian empat telefon bimbit.

2. Harga keempat-empat telefon tersebut tiba-tiba melonjak dari RM800.00 kepada RM10,000.

3. Pada awalnya keempat-empat telefon tersebut ditawarkan dengan harga RM200 setiap satu.

4. Setelah bayaran dibuat, penjual telefon tersebut enggan menyerahkan telefon terbabit tetapi mengarahkan pembeli memasuki sebuah bilik kecil.

5. Lelaki itu ditahan kira-kira sejam di dalam bilik itu kerana enggan meneruskan pembelian dan dipaksa membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu 'dibebaskan'.

6. Setelah membayar RM5,000.00, lelaki tersebut dibebaskan dan diberikan telefon bimbit yang dibeli tetapi tidak sama dengan jenama yang asal.

7. Lelaki itu telah membuat aduan kepada beberapa agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun dia kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil.

8. Syukur laporan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapat perhatian yang telah bertindak melakukan serbuan di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur.

9. Wang lelaki tersebut dapat dikembalikan dengan disaksikan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.

10. Dipercayai wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak tersebut di kompleks berkenaan bagi melakukan penipuan terhadap pelanggan.

11. Kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan tersebut adalah warga asing selain dari masyarakat tempatan. SUMBER

N'N: Cuba baca point no.7 tu, sedih betul bila buat laporan kpd pihak berkuasa tp tiada apa2 respon...Korang makan gaji buta ker apa?

5 comments:

Anonymous said...

ini macam kena bukak
kompleks kota raya 2
selepas low yat 2
jamal ikan bakar dan
ali gelek punggung
tak nak ambil tindakan ke.

Anonymous said...

Penguat kuasa polis tk berfungsi... Lemah... Terima rasuah.

Abdul Wahid said...

Sebaiknya paparkan gambar & nama kedai supaya orang ramai tidak menjadi mangsa seterusnya.

mansor said...

ali tinju yang penakut tu.....getel peliaq adalah....jamal ikan bakar.lagi lembik...perkasa , pekida, hueeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

Bukan tak tahu byk samseng buat berniaga upah budak jaga.ketua buat busines lain.polis jaga trafik utk pm lalu.huha huha