Thursday, December 24, 2015

INILAH ANAK MELAYU YANG MENGHARUMKAN NAMA BANGSA DAN AGAMA.

 

Kangar - Empat remaja lelaki berumur antara 15 hingga 19 tahun dipercayai terlibat dalam beberapa kes membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, diberkas polis semalam.

Menurut Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail remaja berumur 15 dan 17 tahun itu tidak bersekolah dan positif dadah jenis syabu manakala dua lagi masing-masing berumur 18 dan 19 tahun.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata remaja terbabit ditangkap kira-kira pukul 5.30 petang oleh sepasukan polis yang membuat intipan di Kilometer 13.3 arah Kuala Perlis sejak petang semalam.

"Sehingga 1 Disember lepas, enam mangsa aktiviti remaja terbabit membuat aduan polis. Saya percaya ramai lagi menjadi mangsa tetapi tidak membuat laporan," kata Shafie.

Katanya operasi penyamaran dilakukan sebanyak tiga kali di tempat kejadian dan remaja-remaja itu mengacah hendak membaling batu ke arah anggota polis yang menyamar di lokasi.

"Anggota-anggota saya terus mengepung dan memberkas mereka bersama batu sebesar penumbuk yang dipercayai digunakan bagi membaling ke arah kenderaan yang melalui lebuh raya itu," katanya.

Shafie berkata remaja terbabit memberitahu mereka melakukan aktiviti itu sejak Jun lepas dari pukul 5 petang hingga 9 malam untuk bersuka-suka sahaja.  SUMBER: RTM & H.METRO

N'N: Amacam bangga tak?

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...alangkah baiknya kalau remaja2 ini dapat dipujuk untuk ke masjid. Sama2lah kita doakan semoga remaja2 ini sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Anonymous said...

Perangai biasa anak melayu yang cicir dalam pelajaran,kerja malas dan last-last kerja tiada apa... buat kerja tak berfeadah...asal nampak kereta lalu dok dibaling....mangkuk punya budak2, otak tak kreatif langsung,asyik menyusah mak-bapak dan orang ramai sahaja kerjanya