Saturday, August 16, 2014

KHAS UNTUK PENGKAGUM DSAI DAN KAKI KEJI PAS

Krisis Selangor - Kemaskini Terbaru 16/8.

- Khalid Ibrahim tak menafikan dakwaan bahawa DUN Selangor mungkin akan dibubarkan.

- LGE menuduh Khalid Ibrahim pentingkan diri jika bubar DUN dan adakan PRN.

- Khalid Ibrahim menjawab surat terbuka Husam. Katanya, Husam boleh mendapatkan sendiri penjelasan dari ahli jawatankuasa PAS atas apa yang berlaku.

- Sebuah NGO yang dibentuk oleh bekas2 ahli PKR ditubuhkan dan mengecam / menolak perlantikkan Wan Azizah sebagai bakal MB baru Selangor.

- Mahathir dilaporkan berkata krisis di Selangor adalah berpunca dari cita2 peribadi Anwar yang mahu menguasai Selangor dan seterusnya menggunakan aset negeri itu untuk membeli MP2 BN agar lompat parti untuk membolehkan nya menawan PUTRAJAYA.

- Khalid Ibrahim pada hari ini membuat laporan mengenai dakwaan salah laku berhubung pemecatannya sebagai ahli PKR baru2 ini.

- Dr. Maza memberitahu bahawa dia tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Mb Selangor namun tidak menjelaskan apa sebab2nya secara terperinci. Dalam pada itu dia menegaskan kewibawaan Wan Azizah tidak diragui atas status wanita yang dia miliki.

- Subky Abdul Latif, bekas wartawan dan juga bekas pemimpin PAS menyelar pandangan sesetengah pihak dalam PR yang menyalahkan PAS bulat2 dalam apa yang terjadi di krisis Selangor. Dengan meletakkan segala2 kesalahan di atas bahu PAS, tanpa melihat kesalahan yang dilakukan oleh PKR dan DAP, ia adalah jalan mudah bagi sesetengah pihak untuk alihkan perhatian dari masalah sebenar.

- SUA PAS, Mustafa Ali mengeluarkan dua kenyataan ;

1. PAS telah meletakkan beberapa calon alternatif selain dari DSWA untuk diberikan kepada sultan bagi tujuan perkenan.

2. PAS juga mendesak agar PKR dan DAP memberikan penjelasan atas sebab apa mereka marahkan PAS apabila PAS mengarahkan keempat2 ahli exco bertahan sebagai exco agar DUN tidak dibubar sekaligus mempertahankan kerajaan PR.

Ada orang yang tak faham. Dia bagi hujah. Hello. TSKI kata mana ada kerajaan PR di Selangor. Lue lancau la PAS. Nak tipu agak2. Aku rasa orang yang bagi hujah begini ada masalah dengan konsistensi dia.

Pertama, dia tolak Khalid.

Kedua. Dia kaitkan pendirian Khalid dengan pendirian PAS.

Apa yang Khalid cakap mewakili Khalid, bukan mewakili PAS.

PAS bercakap mewakili PAS. Hidup jangan jadi bebal sangat walaupun ko memang bebal.

Khalid cakap takde kerajaan PR itu dia punya pasal. Itu dia punya point. Dia punya hal. Dia punya pendapat.

PAS bercakap dari sudut perlembagaan negeri. Kedudukan exco PAS bagi membuktikan bahawa sekurang2nya 1 daripada 3 parti yang menjadi kerajaan negeri sedang bertahan disitu untuk memastikan DUN tidak dibubarkan sewenang2nya. Sementara PR sedang mencari solusi terbaik untuk selesaikan masalah berbangkit adalah amat baik untuk LIM GUAN ENG tidak bersikap EMOSI dalam menzahirkan PENDAPAT di hadapan media.

Sementara PAS sedang mempertahankan PR, dimaki hamun pula oleh geng2 PKR dan DAP tanpa henti. Sebab apa? Sebab tidak memahami bagaimana perlantikkan ataupun perletakkan jawatan exco mempengaruhi pentadbiran satu2 negeri. Sementara PAS diperlihatkan sedang berurusan, memujuk ataupun menemani Khalid di waktu2 sukar akibat dianiaya oleh PKR, geng2 PKR dan DAP hanya tahu memaki hamun. Semua perkara adalah dalam pengetahuan mereka. Dunia ini harus beroperasi sepertimana yang mereka fikirkan. Owh yeah, mereka kan suka tunjuk pandai dalam segala2 hal yang berlaku di dunia neh. Mereka tak pernah tak pandai, mereka juga tak pernah tatau apa2. Semua benda mereka pandai, semua benda mereka tahu, yang aku pelik, apasal pula benda yang dalam ahti Khalid mereka tak boleh predict?

Khalid. Hanya mahu 1 benda.

Singkirkan dia secara berhemah. Tanpa fitnah dan tuduhan.

Dia takan berundur setelah imej dan intergritinya tercalar. Andai dia disingkirkan elok2 dari sidang DUN, melalui proses undi tidak percaya, dia akan akur dan hormat dengan keputusan itu. Sekarangnya ahtinya sakit. Sakit difitnah. Sakit dipermainkan. Sakit dipergunakan. PKR perlu gunakan DUN usul undi tidak percaya untuk singkirkan Khalid secara berhemah. Meskipun selepas ini dia mungkin mengambil beberapa tindakan undang2 bagi membersihkan semula imejnya yang teruk dicalarkan dan dipermainkan oleh PKR.

SUMBER: AMEMOWORLD

7 comments:

Hazri said...

Bacaan buat Tuan bloger dan bagi yang masih mempunyai PRINSIP ASAS.

Isu Khalid Ibrahim Mudah

Akibat Terlalu banyak Baca Komik Agak nya perkara ini terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya bila terlalu banyak membaca komik gila gila. Atau baca 2-3 muka surat setahun. Atau ingat memadai menulis kebijaksanaan yang didapati dari perbualan dikedai mamak. Isu Khalid Ibrahim pada saya mudah.
* Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak? Jawatan MB ini bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan itu pula disetujui oleh rakan2 lain. Maka kamu jadilah MB.
* Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur.
* Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung, mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut.
* Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.
Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat simpati dari pihak lain. Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang melalak sana sini.
Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB. Adakah nyawa nya bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan masuk jel?
Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan hutang RM66 juta nya? Khaid tak boleh kata ini perkara peribadi. Bila berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai pembelian saham Guthrie. Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan MB. Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang?
Siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinjam dari bank lain untuk bayar hutang dengan bank Islam. Saya tidak pernah dengar ada bank lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid boleh beri kepada bank baru tersebut?
Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah? Jika terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Kalid ini.
Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs. Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini?
Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana secara bayaran installment. Selama 20 tahun. Si Danny Tan membayar pendahuluan hanya RM50juta. Setahu saya jika bayaran belum disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan. Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?
Tropicana sebetulnya menjual asset kerajaan. Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin MB? Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.
Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak.
Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia kamu berundur. Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita. -sakmongkol

Anonymous said...

Kalau lu cakap macam tu, dan lu percaya apa yg lu cakap, dan lu nak orang percaya apa lu cakap! Itu lu punya pasai. Sebab kita kena guna otak bila nak cakap, bila nak percaya dan bila nak percaya pada orang!

Anonymous said...

Inilah bukti tahaluf siyasi yang palsu dan tak berguna. Tak sedar2 lagi?

Anonymous said...

petikan dr blog;

Puak yang mempertahankan Khalid, adalah mereka yang TIDAK SUKAKAN Anwar Ibrahim sebagai pemimpin PKR dan juga pemimpin yang disebut sebagai perdana menteri dalam penantian. Dalam kata mudah mereka tidak mahu Anwar memimpin PKR dan juga menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat. Sebab musababnya ialah kerana mereka tidak boleh menerima Anwar kerana moralnya. Dalam kata terus terang, mereka mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar yang dipersembahakna oleh Umno khasnya mengenai liwat. Orang yang waruk tidak dapat menerima Anwar?

Tuduhan yang setengahnya fitnah mentah diacarakan Umno ditelan bulat-bulat oleh pemimpin Pas. Apabila pihak KDN menayangkan video sulit Anwar kepada mereka (sesetengahnya) mereka terus menelan dan mempercayai? Mungkin ramai orang tidak tahu KDN telah mengadakan tayangan perdana eksklusif filem mengenai Anwar Ibrahim dan antara penonton kelas pertamanya adalah pemimpin Pas.

Pendirian dan kebencian golongan ini dalam Pas tidak boleh dinafikan. Kerana itu mereka menyerang dan cuba menyekat agenda Anwar bukan sahaja dengan isu Khalid hendak digugurkan ini dan diganti dengan Dr Wa Azizah Wan Ismail, tetapi menerusi beberapa strategi atau tindakan politik lain sebelum ini. Cukup kalau disebutkan beberapa contoh, misalnya mengenai projek 16 September, Kajang Move dan juga pertemuan dan perbicangan sulit beberapa pemimpin Pas dengan Abdullah Badawi, kemudian dengan Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Anonymous said...

Blog kamu dan Ameno world sama sahaja. Cari aje ruang atau apa sahaja bahan tiruan untuk menjilat jubur Adi Awe (bapa segala UG). Tanpa kamu sedari, kamu sedang meruntuhkan nama baik Parti PAS itu sendiri.....(Ade Awe punya cocok, Nasya Mat Isa yang dapat penangan).

Malaysiabaru said...

Nama pun amenoworld... kena beli dgn umno bila ada krisis... darah keturunan umnoworld blah la

Anonymous said...

Tuan Ameno World...tolong baca yang di bawah ni dan tolong faham dari sudut PRINSIP DAN SEBAB KENAPA PKR PERLU BERTINDAK KE ATAS TSKI.