Sunday, June 23, 2013

GEMPAR!!! 8 SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN MALAYSIA SEDANG DISIASAT KERANA MELAKUKAN PEMBAKARAN DI RIAU DAN JAMBI, YANG MENGAKIBATKAN PENCEMARAN UDARA DI MALAYSIA DAN SINGAPURA.

 

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.

Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.

Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times, June 23, 2013. SUMBER

No comments: