Monday, June 24, 2013

'TANGAN GHAIB' HALANG PERUNTUKKAN PEMBINAAN SURAU GARA2 PEMOHONAN TIDAK MELALUI CAWANGAN UMNO (GAMBAR)




IPOH: Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih bila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.

Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan canopy dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.

Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.

"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan

"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar Pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.

Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"ADUN Manjoi, Dato' Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan nNegeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Dato' Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru," katanya.

"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.

Menurut Mohamad Ayob ada `tangan tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.

N'N: Selepas artikel ini ditulis Surau itu berjaya dibangunkan melalui sumbangan orang ramai 




1 comment:

maw said...

sekiranya benar pendudok disitu dianggarkan seramai 2500 orang sewajibnya mesti diadakan sebuah surau untok mengantikan yang ada sekarang.kalaulah ada halang halang yang seharusnya tidak wujud,ambil jalan alternatif iaitu pendudok disitu membuat kutipan rm10/- sebulan.kalaulah pendudoknya 2500 x rm10/- jumlah terkumpol adalah rm25000 sebulan dikalikan dengan 12 bulan maka hasilnya akan mencapai juga rm300000.rasanya secara begini lebih memberi makna serta kesan tawaduk kepada umat islam dikawasan ini daripada menjadi peminta sedekah dengan orang yang buta hati (umno).bangunlah wahai umat islam,bebaskan diri,jiwa serta minda dari terbelenggu dengan sifat ketagih harapan,meminta minta dan impian dengan bn/umno ni.sudah amat memualkan dengan gelagat bn/umno ni,bukan sahaja dikawasan ini.dimana mana perilakunya tentang islam akan ditindas secara peradaban,secara saikology bagi menonjolkan bn/umnolah tempat islam bergantong nasib.kalau tidak ada bn/umno tidaklah adanya islam membangun.apakah kita semua mahu sedemikian,melukut ditepi gantang?.kita tidak perlu melutut untok bangun jika sekiranya kita merdekakan jasad,jiwa serta roh kita dari dijajah sebegini rupa.sebagai umat islam pecahkan benteng pemikiran yang sedemikian.islam itu agama allah,allah swt jugalah yang akan membantu menegakkan kalimahnya tanpa keraguan.berdikarilah umat islam demi islam dan bukan bn/umno yang ternyata menuntut orang islam menjadi melukut ditepi gantang.