Thursday, March 28, 2013

INILAH KAEDAH SYAITAN DIKENALI "BRAIN WASH" MAHASISWA (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/s480x480/733785_534021429984013_785966437_n.jpg

Kejadian Ini berlaku di UITM Sri Iskandar Perak disampaikan oleh Mohamed Razali Bin Abdul Rahman,Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong. Sekali lagi Mahasiswa dijadikan Mangsa pembodohan. Antara fitnah yang dicanang mereka ialah:

1. Kristian sebagai Agama Rasmi.

2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.

5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.

6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.

8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan ‘raja’.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib” dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Zionis’. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan prinsip agama diketepikan.

Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.

Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia, terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.
Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

- Gerakan Mahasiswa PRU13

SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Berdasarkan statement-statement yang disenaraikan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan UMNO/BN adalah terlalu lemah untuk mengendalikan semua perkara ini.

Semua kelemahan ini tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, amat wajarlah semua rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat, jangan satupun undi jatuh ke tangan UMNO/BN.