Nuffnang

Innity

Innity

Saturday, March 31, 2012

GAMBAR BN DAH KENA BUNGKUS AWAL2.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/310022_394917493852212_100000018934244_1597325_940641578_n.jpg

Sesuai sangat..........

SAMADA ANDA PERCAYA ATAU TIDAK, ORANG INDONESIA AKAN MENJADI KUASA PENENTU PADA PRU-13. NAK TAU BAGAIMANA SILA BACA:

http://3.bp.blogspot.com/-Sg9GYAmQpBU/Tzt1xQX8xUI/AAAAAAAAAYM/CS5kumMdag8/s1600/pekerja+indon.jpg
gambar hiasan.

Orang Indonesia kuasa penentu PRU13

SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.

Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.

Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.

Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi.

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.

Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya.

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.

Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.

Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.

Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.

Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta.

Subky Latif

KENAPA AKU CAKAP BERSERBAN DIJALAN RAYA LEBIH BERDOSA DARIPADA BERBOGEL DITIANG DI MALAYSIA? INI JAWAPANNYA:

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/292976_350084775028056_100000796084671_875112_656686653_n.jpg

RM25 harga untuk membuat maksiat di Malaysia......

AKSI LUCAH PENYOKONG UMNO.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/546432_257192351042211_100002543449286_547631_1939570948_n.jpg

Hidup Melayu!!!

KENAPA S.P.R KATA SAYA SUDAH MATI?

http://4.bp.blogspot.com/-O_DMn4715VU/T3XUDse3pII/AAAAAAAAHAI/DFNO62Gkq_E/s1600/MG_6200.jpg

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah ‘mati’

KUALA LUMPUR 30 Mac: Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.


“Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilanedisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 pada 2008.

- Keadilan Daily

Wednesday, March 28, 2012

AKSI TERLAMPAU MANUSIA BERGELAR JURUGAMBAR (3 GAMBAR)


Tu dia coverlah sikit muka kalau yer pun teruja kah3....


Baik punya lentok kah3.......



Ini pulak terlampau berani........

AKU PUN TERASA DENGAN PERANGAI YB PR NI.

Setelah membaca luahan seorang blogger PR ni aku turut terasa kecil hati dengan perbuatan YB PR ni..Sila baca luahan hati blogger ini:

KISAH YANG BUAT AKU TERASA DENGAN YB PKR INI


SAKIT hati pun ada, sedih pun ada. Ini aku ikhlas mahu tegur seorang pemimpin yang dianggap kanan juga di dalam parti yang aku sertai. Aku tak mahu sebut nama sebab aku tak berniat nak burukkan sesiapa cuma sekadar menegur.

Aku diminta oleh seorang rakan untuk mengiringinya bertemu dengan si YB ni. Beliau beritahu temujanji telah dibuat melalui SMS beberapa kali untuk bertemu. Akhirnya YB yang popular dan diminati ramai orang ini memberikan tarikh semalam (27 Mac 2012) di antara jam 2.00 petang hingga 5.00 petang untuk bertemu dengannya di Parlimen. Rakan aku ini bekerja dengan Kerajaan dan beliau mahu bawa satu aduan berkaitan beberapa hal mengenai gaji dan lain-lainnya yang diharapkan YB ini boleh kemukakan pertanyaan di dalam Parlimen.

Maka, semalam rakan aku terpaksa mengambil cuti untuk bertemu dengan YB tersebut. Tengahari itu, aku, rakan aku dan seorang lagi pimpinan parti dari Pahang pun bertolak ke KL.Di dalam perjalanan, sekali lagi rakan aku dan aku sendiri menghantar SMS kepada YB ini untuk memberitahu bahawa kami telah bergerak ke KL untuk bertemu beliau sebagaimana yang beliau sendiri cadangkan. SMS kami tidak berjawab. Kami fikir tentu beliau sibuk di Parlimen waktu itu maka SMS kami tidak dijawab.

Akhirnya, sampai di Parlimen kami terpaksa menunggu di Balai Pengawal kerana mereka hanya benarkan kami masuk setelah mendapat pengesahan dari YB berkenaan. Kami pun SMS lagi, tidak berjawab. Pemimpin parti yang kami bawa bersama terus membuat panggilan, malangnya panggilan tidak diangkat. Aku juga membuat panggilan namun tidak juga diangkat, sedangkan nombor telefon kami semua ada pada YB berkenaan kerana telah berurusan beberapa kali sebelum ini melalui SMS. Kami tidak putus asa, mungkin YB ini teramat sibuk ketika itu berbahas, fikir kami. Apabila aku buat sekali lagi panggilan, telefon YB ini ditutup.

Rakan aku, pemimpin parti yang berjawatan agak penting di dalam PKR Pahang ini terus menghubungi MP Kuantan, YB Fuziah Salleh. YB Fuziah menyuruh kami masuk dengan menggunakan nama beliau. Kami pun masuk dan berjumpa dengan YB Fuziah Salleh di luar Dewan Parlimen berhampiran kantin yang pada waktu itu beliau mahu keluar seketika untuk satu urusan lain. Namun, kami sempat berbual seketika dengan MP Kuantan ini. Aku pun SMS MP Batu, YB Tian Chua untuk memohon bantuannya memberitahu YB yang kami mahu temui itu bahawa kami telah berada di luar dewan untuk bertemu dengannya. YB Tian Chua cepat membalas SMS aku dengan menyebut bahawa YB yang kami ingin temui itu tiada di dalam dewan kerana ada urusan lain.

Hati mula merasa sakit, kerana kami datang dari jauh bukan untuk melakukan lawatan ke Parlimen. Lagi pun, tarikh, tempat serta waktu temujanji itu YB berkenaan yang tetapkan, bukan kami. Tapi kami tetap sabar kerana kami fikir YB tersebut mungkin ada tugas lain yang lebih penting dan akan kembali semula ke Parlimen. Kami pun pergi ke kantin untuk minum sambil berbual di situ dengan harapan kami tidak akan pulang kosong.

Agak lama menunggu lebih satu jam, SMS dikirim berkali-kali langsung tidak berjawab maka kami berputus asa. Kami pun beredar meninggalkan Parlimen dengan hati yang sakit di samping tertanya-tanya mengapa kami perlu datang dari Kuantan dengan perbelanjaan sendiri, memandu mengejar masa hanya untuk ditipu sedemikian rupa? Rakan aku yang sememangnya puas untuk memohon cuti hanya diluluskan cuti 1 hari, ternyata sia-sia. Masa terbuang, penat dan buang duit untuk menjadi bodoh seperti ini. Kami pilih YB dari PKR bukan untuk menganiayai orang apatah lagi dari ahli parti sendiri.

Sibuk sangat? Ya, kami tahu YB memang sibuk tetapi masakan untuk sepatah perkataan melalui SMS pun tidak mempunyai masa? Andainya beliau tahu beliau memang tidak ada masa untuk melayani kami hari itu, jawab sahaja SMS mengatakan temujanji ditunda ke tarikh lain. Kami boleh berpatah balik, tiada masalah. Beliau tidak baca SMS kami? Itu bohong kerana kami bukan sahaja mengirim SMS bertalu-talu bahkan membuat panggilan di dua nombor telefon bimbitnya. Beberapa panggilan tidak diangkat, kemudiannya telefon ditutup. Bukan khianat ke namanya itu?

Sewaktu kami telah jauh meninggalkan KL, barulah YB ini SMS aku dengan mengatakan beliau dari pagi lagi ada mesyuarat di Pejabat Parti. Ya Allah, kenapa tidak jawab mesej kami dari awal? Kalau beritahu kami suruh jumpa di Pejabat Parti pun kami sanggup datang.

Dugaan kami bukan setakat itu. Di dalam perjalanan pulang, kereta yang kami pinjam dari rakan lain pula buat hal. Kereta kami mempunyai masalah di tengah jalan iaitu `temperature' heating. Mekanik yang meronda di lebuhraya tiba dan kami terpaksa minta Mekanik tersebut membaiki dan tukar beberapa alat memandangkan perjalanan kami masih jauh dan jika dibiarkan akan membahayakan kami semua. Rakan aku keluar duit poket sendiri dan di`baham' oleh Mekanik sebanyak RM 200 lebih. Biasalah Mekanik ronda ni.

Rupa-rupanya kereta yang kami naiki tidak bertahan lama, masih mengalami masalah yang sama. Kami akhirnya tahu bukan sedikit yang perlu dibaiki, tetapi kami tiada pilihan kerana wang pun tidak mencukupi dan hari pun sudah gelap. Kami teruskan perjalanan perlahan-lahan dan terpaksa berhenti beberapa kali apabila `temperature' terlalu tinggi. Perut lapar, kami berhenti makan di R@R sambil menyejukkan injin kereta.

Aku tidak mahu ungkit pasal kereta yang rosak dan rabaknya duit rakan aku itu. Itu sudah takdir kerana andainya kami dapat bertemu YB tersebut, kereta yang kami naiki itu pasti mengalami kerosakan juga. Tetapi, mungkin berbaloi juga kerana hajat tercapai untuk bertemu YB berkenaan.

Mungkin inilah yang dinamakan perjuangan. Kita diminta untuk berjuang bersama dan membantu parti. Rakan aku itu boleh dianggap hadir ke KL untuk memperjuangkan nasib rakan-rakan sekerjanya di seluruh negara. Beliau bukan hadir untuk kepentingan dirinya seorang. Malangnya, perjuangan beliau dianggap tidak bermakna langsung oleh YB ini.

Sebagai orang yang bekerja dengan parti sepenuh masa, aku nasihatkan rakan aku agar tidak berasa kecil hati. Aku katakan padanya, walaupun kita lihat satu yang tidak baik pada YB berkenaan yang buat kita marah, kita boleh redakan kemarahan kita dengan memikirkan terlalu banyak jasa-jasa beliau terhadap parti dan rakyat. Aku katakan padanya lagi, mungkin kita adalah di antara segelintir sahaja yang YB ini `terlepas pandang', tetapi jangan kita mudah kecewa kerana kita berjuang bukan kerana YB ini tetapi kerana parti yang kita sayangi. Sedih juga aku memikirkan, rakan aku ini terlalu menyanjung YB berkenaan sehinggakan sewaktu YB ini berceramah di Kuantan baru-baru ini, rakan aku sanggup menunggu di luar pintu pagar ceramah untuk bergambar bersama YB yang diminatinya itu. Mungkin, tiada rezeki buat beliau untuk bertemu YB itu sekali lagi.

Pesanan buat YB berkenaan, kami tetap menyokong anda atas nama parti yang anda sering laungkan sebagai parti yang menyanjung konsep keadilan untuk semua. Terima kasih buat YB Fuziah Salleh dan YB Tian Chua yang banyak membantu kami semalam. Buat rakanku, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dari dalam kerana setiap perjuangan yang baik dan ikhlas, samada berjaya atau tidak, tetap diberi pahala oleh Allah SWT, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

N'N: Sebagai seorang Rakyat aku agak kecewa dengan perilaku YB PR yang dimaksudkan..Aku yakin dia seorang Melayu dan beragama Islam dan apa nasihat aku kepada YB2 PR baik PAS,PKR & DAP tolonglah hargai Rakyat yang telah menyokong kamu dan menjadi nadi Negara dengan mengangkat kamu di Parlimen & DUN. Yang penting buat YB2 yang beragama Islam fikirlah apa yang Rasulullah S.A.W dan para Khulafah Ar-Rasyidin R.A lakukan jika diperlukan Rakyat...Mereka mencari Rakyat bukan Rakyat mencari mereka...Sila muhasabah diri..Jawatan kamu pikul itu akan dipersoalkan lama diakhirat kelak..

APA KES NI KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERI TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA PARTI SENDIRI?

Tanah yang sepatutnya menjadi milik Kerajaan Selangor telah bertukar milik kepada Parti Politik....Perlu diketahui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 adalah dibawah penguasaan UMNO/BN, oleh itu dalam hal ini UMNO telah meluluskan tanah kerajaan untuk dimiliki oleh UMNO..

Bukti, UMNO bagi tanah milik Kerajaan kepada UMNO

Sebahagian dari dokumen ini membuktikan bahawa Parti yang selama ini gah melaungkan kononnya merekalah pejuang bangsa adalah pengkhianat bangsa yang sebenar.

Kerana mereka telah menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka untuk menjadikan tanah milik Kerajaan sebagai tanah milik Parti mereka..

Tidakkah khianat namanya itu bilamana diamanahkan untuk mentadbir Kerajaan dalam masa yang sama mengagihkan Tanah Milik Kerajaan kepada Parti mereka?

Dokumen ini menyatakan dalam satu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 mereka telah meluluskan seluas 7 ekar tanah kepada UMNO Bahagian Kota Raja.



http://3.bp.blogspot.com/-eBiYT959pQ0/T3H1_vfP4PI/AAAAAAAAazQ/i1R5PXGrxtM/s640/CCF27032012_00019.jpg

Tuesday, March 27, 2012

JIKA ANDA SEORANG MUSLIM SILA BERITAHU APA YANG TAK BETUL DALAM GAMBAR NI?

http://m.ak.fbcdn.net/a4.sphotos.ak/hphotos-ak-prn1/526247_142871302505437_100003477049414_163567_819077744_n.jpg

Tadarus Al-Quran itu bagus dan sangat digalakkan tapi dedah aurat tu haram dan sangat ditegah.........Bini siapa tu? Siapa suaminya?

HADIAH YANG PASTI ANDA DAPAT JIKA MASIH MEMBERI MANDAT KEPADA UMNO/BN PADA PRU-13:

kempentolnaikca1.png (400×300)

8 KESALAHAN NAJIB YANG PALING BESAR PERLU ANDA TAHU:

http://3.bp.blogspot.com/-L0H_EtB-11s/TvJSmaavuHI/AAAAAAAACtA/uOI5iqra1Yo/s400/najib.jpg

1.Menghina HUDUD dan Undang2 Islam berdasarkan ucapannya pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

2.Merampas kuasa kerajaan Perak yang dipilih Rakyat Perak pada PRU-12.

3.Politik hipokrasi mengizinkan ekstrimis perkauman dengan menuduh DAP dengan pelbagai tuduhan2 palsu semata-mata untuk memainkan sentimen perkauman.

4.Bertambahnya politik keganasan terhadap aktiviti Pakatan Rakyat menerusi samseng2 yang diupah mengganggu cearamah PR.(Terkini)

5.Gejala rasuah dan kronisme terburuk.

6.Kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sharbani di bawah seliaan SPRM dan kes-kes serupa di bawah jagaan polis.

7.Mengeluarkan ucapan berbaur ugutan, untuk mengekalkan Putrajaya, Najib berikrar akan mempertahankan simbol kuasa itu, sehingga ke titisan darah terakhir, “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.(Ertinya PRU13 akan menjadi yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik)

8.Kontroversi Isterinya Rosmah yang dikatakan menggunakan wang Rakyat untuk berbelanja mewah dan campur tangan isterinya itu dalam urusan kerajaan seolah2 dia memegang jawatan dalam pentadbiran negara. untuk pengetahuan semua bahawa apa yang dilakukan Rosmah tidak pernah dilakukan mana2 Isteri PM yang terdahulu.

AGAK2 APA MOTIF DIA POTONG RAMBUT MACAM NI

That haircut...

Kah3...

Gambar Orang Bakar Diri Sebagai Protes Kekejaman China Di Tibet (8 Gambar)

https://lh6.googleusercontent.com/-Znno5rOLAMs/T3EXumzqAmI/AAAAAAAAD2M/SzrLmF_yEvU/s0/burn_01.jpg
https://lh4.googleusercontent.com/-MaLNYEGPTrg/T3EXrasZBXI/AAAAAAAAD2E/mTzGfGQwzaw/s0/burn_03.jpg
https://lh4.googleusercontent.com/-Zrct5BmVDdA/T3EXxVcFVeI/AAAAAAAAD2U/d72LQcMPCic/s0/burn_02.jpg


Jampa Yeshi, seorang warga tibet nekad membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap China ketika lawatan Presiden Huo Jin Tao ke India. Kejadian berlaku ketika demo jalanan pro Tibet dilakukan di New Delhi. Beliau melecur teruk.Tapi tahukah anda ramai warga Tibet dibunuh sesuka hati oleh pihak keselamatan China? Dunia membutakan mata kerana China kini kuasa dunia yang besar. Kemana hilang sifat kemanusiaan kita?

SUMBER:BLOGSERIUS

Monday, March 26, 2012

TERKINI:Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh Dedahkan Nama ADUN UMNO Yang Ditahan Di Kelab Hiburan Ketika Diapit Perempuan GRO.

Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka. (sumber).


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.

Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:



selanjutnya disini....

SIAPA YB UMNO YANG DICEKUP DI PUSAT DANGDUTJAM 2:40 PAGI?



Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003). SUMBER

N'N: kalau YB PR dah lama 1 Malaysia tahu..........

INILAH CARANYA WANITA UMNO BODEK SAUDAGAR LEMBU (3 GAMBAR)





N'N: Kalau anda perasan gambar diatas sekali ada sepanduk yang tertulis "Kak Ijat teruskan perjuangan'...Aku nak tanya kat orang yang pegang sepanduk tu, perjuangan apa yang Kak Ijat kau perjuangankan? Perjuangan menghabiskan wang Rakyat untuk kroni?

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG LADANG TEH DI LENGGONG DAN APA KENA-MENGENANYA DENGAN UMNO.

Sekitar awal 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa Teh Lenggong ternyata berbeza dengan teh – teh yang lain. Produk ini suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan penduduk Lenggong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 700 ekar dibangunkan melalui PKNK ini telah memberi peluang pekerjaan serta maanfaat yang besar kepada penduduk setempat.


namun itu suatu waktu dahulu..sekarang..?? mana pergi pokok2 teh..apa yg terjadi kepada ladang Teh Lenggong hari ini..?? kilang teh..??

Kilang memproses serbuk teh yang ditinggalkan


Maka atas rasa tanggungjawab Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak telah membuat tinjauan ke tapak ladang .. namun rombongan mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang teh Lenggong yang telah usang.

Rombongan disambut oleh seorang warganegara asing. Setelah rombongan mendengar apa yang diterangkan dan meninjau kedaan diatas dengan bantuan warga asing ini rupanya ada sesuatu telah berlaku di tanah ladang teh ini yang selama ini diluar pengatahuan semua.


Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.

Seluruh kawasan ladang teh yang dikatakan berkeluasan sekitar 700 ekar telah digondolkan dan rombongan difahamkan oleh individu yang berada disitu tanah ladang teh itu telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok ‘eucalyptus’. Dari maklumat yang diberikan juga, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India.


Rumah kongsi pekerja syarikat berkenaan

Hasil balak setelah bukit ladang teh digondolkan

Lihatlah apa lagi yang tinggal?

Tidakkah mereka memikirkan kesan sebegini rupa yang mungkin membawa padah kepada penduduk Lenggong





Oleh yang demikian, pihak Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak memohon Dato’ Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) yang juaga merupakan ketua kerajaan pada masa ini supaya membuat penjelasan kepada rakyat negeri Perak keatas perkara berikut :


1. Apakah sebab ladang teh ini ditutup dan berapakah kerugian wang rakyat yang ditanggung oleh kerajaan Negeri Perak hasil penutupan ladang teh Lenggong ini

2. Bagaimana tanah ladang teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian?

3. Tinjauan rombongan mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran angagaran lebigh dari 1000ekar telah teroka. Kemanakah hasil kayu balak yang ditebang semasa kerja membotakkan bukit ini?

4. Bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan,Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam dikawasan ini kerana difahamkan ianya boleh menggangu sistem akeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong .

Penyelidikan melalui web seperti dibawah menjelaskan kenapa ianya diharamkan.
Sila Rujuk :

http://www.deccanherald.com/content/134708/govt-bans-eucalyptus-cultivation-parts.html

http://zeenews.india.com/news/karnataka/k-taka-bans-plantation-of-eucalyptus-and-acacia-on-forest-land_694703.html

http://www.climatemediapartnership.org/reporting/stories/maathai-calls-for-eucalyptus-ban/

http://www.wrm.org.uy/bulletin/150/Brazil.html

http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html


Haji Razman Bin Haji Zakaria
Pengerusi
Lajnah Pembangunan
Tanah & Wilayah PAS Perak.

sumber lenggongkite

GAMBAR MALAYSIA BOLEH.

Hello?

Hanya di Malaysia.......

Sunday, March 25, 2012

INILAH ALASAN MENGAPA NAJIB MUNGKIN AKAN ADAKAN PRU-13 PADA BULAN MEI-JUN.

http://3.bp.blogspot.com/-L0H_EtB-11s/TvJSmaavuHI/AAAAAAAACtA/uOI5iqra1Yo/s400/najib.jpg

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini. Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.~sinarharian

N'N: Hanya pemimpin bacul yang rahsiakan tarikh PRU-13..........

GAMBAR PERILAKU BURUK ORANG2 MELAYU:

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/398314_253997431361703_100002543449286_539614_1820896723_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_QSq2yX0NW4o/TSg8mj1AJ2I/AAAAAAAAANc/9Z99eDDOVss/s1600/kencing.jpg

Melayu mana ni? UMNO,UMNGOK @ UMPORNO............

HANYA SYURGA YANG LAYAK UNTUK ANAK SEPERTI INI.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/534672_254006818027431_100002543449286_539626_2026557465_n.jpg

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim

GAMBAR BMW PADANG PASIR.

BMW Camel

ANDA PERCAYAKAH MUKA2 NI URUSKAN WANG RAKYAT?

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/552016_353192621390601_100000995978985_977160_2128471224_n.jpg

Muka pecah amanah...........

Saturday, March 24, 2012

INI YANG WARGA FB KATA KEPADA PM YANG TAKUT UNTUK BERDEBAT DENGAN KETUA PEMBANGKANG:

http://1.bp.blogspot.com/--bNNPeGVVY8/T20rQ2d-VQI/AAAAAAAAGH4/2bBi1-dkljI/s1600/2012-03-24_072901.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-mz2A6O610zc/T20rQwQct_I/AAAAAAAAGHo/1VLiA4UKSow/s1600/2012-03-24_072736.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-4wvD-ptvR5Q/T20rQdVckvI/AAAAAAAAGHg/bnAFsHRH5-Y/s1600/2012-03-24_072711.jpg

GAMBAR SNIPER PEREMPUAN TERTUA DIDUNIA.

http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/Nenek-Sniper.jpg

Dengan pistol miliknya berharga 1,200 poundsterling, dia diyakini sebagai perempuan tertua di dunia yang berprofesion sebagai sniper alias penembak tepat. Chandro sudah memenangkan lebih dari 25 kejuaraan nasional di India, sekaligus membesarkan enam anak dan 15 cucunya.SUMBER

N'N: Lama jugak aku bercuti drpd berblog......

Monday, March 19, 2012

INI YANG BERLAKU BILA MANUSIA DAH TAKDER KERJA YANG BERFAEDAH.

They...

Kucing jadi mangsa..kah3....

SOALAN YANG PENCACAI UMNO TAK MAMPU JAWAB SAMPAI SEKARANG.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/429008_244231925664247_100002323252324_542688_847355855_n.jpg

AGAK2 BILA SPRM NAK AMBIL KETERANGAN BEKAS MENTERI UMNO NI YANG KATA UMNO GUNAKAN DUIT UNTUK RAIH UNDI.

BUKTI Umno memang guna duit untuk dapatkan undi

http://malaysiandigest.com/images/Abdul_Kadir_Sheikh_Fadzir.jpg

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.

Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi. "Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya .

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."

GAMBAR BAKAL BLOGGER UMNO YANG AKAN MENYERANG BLOGGER PR

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/480669_373178352715022_100000685822651_1171135_1008956072_n.jpg

Bersiap sedialah wahai bloggers PR sekalian...kah3.....


KEMALUAN UMNO/BN MAKIN TERSERLAH SELEPAS MENGAKU ADA HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL ZIONIS LAKNATULLAH.

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/12/mustapa-mohamed.jpg

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok. Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.

Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.


Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional. ~harakahdaily

CARA UMNO MELUDAH KELANGIT.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/429568_191096101003267_100003086367606_314051_1600469909_n.jpg

Tak boleh berpolitik dalam masjid???

Saturday, March 17, 2012

INILAH RUPA PEMBUNUH 16 ORANG AWAM KEMUDIAN MEMBAKAR MAYAT MEREKA TERMASUK 9 KANAK2 DI AFGHANISTAN.

https://lh6.googleusercontent.com/-7pfxIR4AxGw/T2RDIEe1DrI/AAAAAAAADb4/Lm84zbo2MOw/s0/gyg_01.jpg

Inilah rupa tentera Amerika yang membunuh 16 orang awam dimana 9 daripadanya anak-anak kecil. Tak cukup dengan itu Staff Sgt Robert Bales (38) kemudian membakar jasad mereka dengan memcurahkan petrol. Robert Bales, seorang vateran tentera selama 11 tahun kini sudah dihantar pulang ke Amerika dan merengkok didalam penjara tentera Fort Leavenworth, Kansas.

Pada hari kejadian Robert mengaku dirinya mabuk selepas emo melihat rakan kehilangan sebelah kaki akibat letupan bom .Selain daripad itu beliau juga dikatakan mengalami masalah gangguan otak kerana pernah tercedera ketika bertugas di Iraq.

Bapa beranak dua yang berasal dar Ohio ini kini menanti untuk dibicarakan di Amerika atas kesalahan beliau. Yep beliau akan dibicarakan di Amerika bukan di Afghanistan. Jika sabit kesalahan beliau akan menerima hukuman mati mandatori.sumberPautan

N'N: Hukuman Qisas adalah terbaik untuk keparat laknatullah itu...........

JOM KENALI USTAZ AZHAR IDRUS DENGAN LEBIH RAPAT.

Siapakah Ustaz Azhar Idrus?


Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.

Admin: Untuk mengetahui lebih banyak lagi kisah-kisah Ustaz, dapatkan keluaran anis bulan Mac 2012 yang sudah ada dipasaran sekarang ini. Penulis sebelum ini pernah bersua dan minum bersama ketika Ustaz bekerja di Utusan. Tempat kami minum di warong sebelah Utusan kedai Azhar Manir yang kini menetap di Pulau Kerengga. Walaupun masa itu, Ustaz yang lebih fokus kepada muzik, tetapi penulis sudah menadah kitab setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila. Alhamdulillah perubahan Ustaz membanggakan kami yang mengenalinya.sumber

Sumber: Majalah Anis

Innity