Saturday, August 18, 2012

HEBAT 4 KONSTABEL POLIS DITAHAN KERANA MEROGOL REMAJA DI BULAN PUASA

Empat Konstabel Polis Ditahan Kerana Merogol.

rogol.jpg (283×216)

Seremban – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.

Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.

Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam.

“Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan.

“Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang. -SH

No comments: