yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, July 12, 2012

MARA BATALKAN PINJAMAN BELAJAR ANAK PEMIMPIN PR, KERANA BERKETURUNAN ARAB DAN BUKAN MELAYU ATAU BUMIPUTERA.

MARA batal pinjaman belajar anak pemimpin PKR



Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.

Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.

"Saya dah 69 tahun. Dulu orang yang daftar saya bukan ayah saya. Saya semak-semak, jiran saya yang daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia bubuh Arab.

'Itu sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan Artikel 160 yang kata siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab. Cakap Arab ana ente je saya tahu.

"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.
Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier pada 23 Jun.

Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.

"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut. SUMBER

N'N: Aku pulak keliru dengan status keturunan Mahathir............Kalau yer bapak dia berkerurunan Arab tapi masih Warganegara Malaysia......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)