yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, May 14, 2012

UMNO TERKEJUT BERUK, PANIK & PUCAT BILA DS NIZAR DATANG CERAMAH MEREKA YANG BERTAJUK 'NIZAR PEMBOHONG BERSIRI' ( 4 GAMBAR )

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/544126_10150854510618046_215868293045_9250248_1648735399_n.jpg




Malam tadi, YB UMNO yang sedang sibuk lantang menghentam DS Nizar Jamaluddin dalam Ceramahnya yang berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI", terkedu & tergamam bila tiba-tiba Dato Seri Nizar datang & duduk di meja utama ceramah tersebut...
Kejadian berlaku di Kpg Tualang Sekah, Malim Nawar yang turut dihadiri Exco UMNO Dato Ramli Zahari dan pemimpin lain UMNO Negeri Perak.

Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO & kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni.

Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!! Sumber

Ulasan daripada blog http://landskapsiasah.blogspot.com/:

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk di meja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar di situ, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.

N'N: DS Nizar memang tak dapat dijangka kah3....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)