Wednesday, May 9, 2012

SIAPALAH YANG BERPOLITIK CARA PENGECUT NI ( 1 GAMBAR )

UGUTAN PELURU : KALAU DAH PENGECUT, PENGECUT JUGA

http://bm.harakahdaily.net/images/stories/berita/apr24/ugut.jpg

Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia, Juhari Osman menerima surat ugutan yang berisi peluru semalam. Beliau menerimanya melalui surat yang dihantar melalui pos di rumahnya di Taman Ayer Molek, Melaka.

Siapalah penghantarnya?

Tidak lain tidak bukan pengirimnya sudah tentu :-

1) Orang yang tidak suka kepada Juhari
2) Orang yang tidak suka kepada Bersih 3.0
3) Orang yang pengecut dan penakut
4) Orang yang suka Pilihanraya Kotor
5) Orang yang suka parti Kotor
6) Orang yang tidak suka kepada Unit Amal
7) Orang yang pengotor

...... dan sebagainya. Agak-agaknya siapakah orang yang boleh dikaitkan dengan fakta di atas.

Juhari tidak ada musuh peribadi. Juhari seorang budak baik, sopan santun dan sentiasa tenang dan 'cool'. Mana mungkin beliau ada musuh. Hanya orang suka Kotor dan pengecut saja yang melakukan kerja hantar surat ugutan dan peluru ini. Orang berani tidak akan melakukan perkara ini.Orang berani, dia berani untuk bersemuka dan berbincang atau berdebat bukannya hantar surat layang dan ugutan beserta dengan peluru.

Saya yakin Juhari berani untuk berdebat dengan siapa sahaja dalam isu keselamatan semasa Bersih 3.0. sumber

N'N;Pastinya si pengecut itu bencikan BERSIH dan sukakan KOTOR...Tidak lain dan tidak bukan ialah.........(korang fikir sendiri)

No comments: