Sunday, May 13, 2012

BUKTI UMNO AKAN TERUS MENERAJUI MALAYSIA, SAMBUTAN RAKYAT DI KARNIVAL ULANGTAHUN UMNO AMAT MENGEJUTKAN. INI BUKTINYA...

Bukit Jalil: hari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgitLP_YIb06cAW_Ce-9qPL73X-TnP1JyTTox4MQwhVIEAwe0taPCDdMvOeCwPV-vniJ66psRrsN57RL0pvGCNc0HdllI4xpkSQmnImmR6yGrT42NN2QfFv9l76HwffoOOw_oq_33N7y3M/s320/IMG00714-20120512-1046.jpg

Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam.

Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya.

Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnya kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.

Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi.

Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.

“Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari,” kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.

Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan.

Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT (terjemahan bebas -GB)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOCo6wkByd7MbT2bQo_aHH9wC-Qbd8q831vrIz0tB_jGNw3JO0l_wkkLVLyyYv5fhVEmV5z0nQYovFx4DPULMIxER3dN11tX-yaDVSq7dbY4YLGKLnVO25FB82wjLks2vXbpWwNUY9YRE/s400/karnival2.jpg

Gerai 'Blogserius' ........
sumber


3 comments:

ISA said...

Karnival Sure Heboh lagi ramai beb... kah.. kah... kah...

Mana perginya ahli yang berdaftar 3 juta lembu tuuu... muahahahahaaa...

Anonymous said...

kah kah kah bro isa lu pun bukan antara 3 juta ahli (yg berdaftar) parti cap lembu tu gak ke?apa2 pun gua souka cara lu bro,yang mana perangai macam celaka lu hentam tanpa kira parti..cuma gua bagi lu warning jangan sesekali lu hentam TGNA gua

Anonymous said...

kah kah kah bro isa lu pun bukan antara 3 juta ahli (yg berdaftar) parti cap lembu tu gak ke?apa2 pun gua souka cara lu bro,yang mana perangai macam celaka lu hentam tanpa kira parti..cuma gua bagi lu warning jangan sesekali lu hentam TGNA gua