Sunday, April 22, 2012

NGERI PEMBUNUHAN PALING KEJAM DIDUNIA TANPA SEBARANG MOTIF?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUoTZVu2j0tJ5rhXl-mtf8Bd5zvMrlekOGNdkLQu9Wj7rqChZb15W2djHe3WtaG_IaRtb5S8UWt07R36D4e8xSRJ0OsZcvKoHhyEcTLQ4nnrxIEqFqizFgT5AGSKv6tegBOdEQoZWhSKBg/s1600/altantuya-murderer.jpg

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Demikianlah kenyataan 2 org pegawai khas Najib yang tidak pernah langsung mengenali An-Tantuya dan cuma patuh arahan bosnya sahaja.

Malangnya Hakim pula berkata motif tidak penting:

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," -Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin (Malaysiakini)

Apa yang anda nampak daripada semua ini???

Seseorang telah dilindungi......Siapa?

1.Bos kepada Azilah & Sirul.
2.Seseorang yang mengenali Altantuya.
3.Seseorang yang mahu Altantuya mati.

Sebelum ke Malaysia Altantuya sempat menunjukkan sekeping gambar kepada ayahnya....Wajah siapa dalam gambar itu dan apa kaitan pembunuhan kejamnya dengan gambar itu? Sila baca apa kata bapa mangsa pembunuhan kejam itu:

KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.

Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini.

Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar.

"Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau.

"Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya- (Harakahdaily)

Logikkah bagi anda seseorang dibunuh dengan begitu kejam tanpa sebarang motif???

1 comment:

lisanna said...

Mesti salah seorang dari mereka berdua yang terdapat dalam gambar ataupun seseorang yang dikenali berkait rapat dgn orng2 yg ade dlm gmbr tersebut.