Saturday, April 21, 2012

MAHASISWA YANG TERLIBAT DALAM 'OCCUPY DATARAN' TOLONGLAH BELAJAR MERENDAH DIRI.

http://www.greenleft.org.au/sites/default/files/imagecache/article-image/dataran_occupy_pic.jpg

Pemerhatian semalam agak tidak menyenangkan dimana suasana perhimpunan agak "happening" dan ini di antara faktor sesetengah Unit Amal sendiri yang berterabur akibat tidak dapat nak syncronise diantara cogankata mereka "BERAMAL KERANA ALLAH" dengan suasana agak sosial golongan mahasiswa tersebut.

Biarlah aku yang menongkah arus demi untuk memberi mesej kesedaran dikalangan mahasiswa yang ralik dengan himpunan kemah mereka yang akhirnya aku melihat mereka sendiri tenggelam dengan Self- Centric.

Apa yang aku perhati, aku dapati ada sedikit rasa tersinggung di kalangan Unit Amal dimana mereka agak terasa bila Pimpinan Pemuda mereka di perlekeh begitu sahaja oleh Mahasiswa yang hanya tahu idealist tapi kurang mahir tentang protokol dan berkomunikasi.

Malahan Unit Amal seolah di ucap-ucap seolah kena jadi kuli depa dan ditunjuk-tunjuk untuk buat begitu dan begini..

Mungkin inilah sebab beberapa sahabat Unit Amal kecil hati dan pulang ke rumah menjelang tengah malam.



Harus diingat wahai mahasiswa, pada awalnya kamu yang memberi amaran agar AMK dan Dewan Pemuda agar jangan masuk campur urusan himpunan kamu.

Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan.

Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apabila dua asas itu kamu nafikan??

Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.

SUMBER-tranungkite-

1 comment:

Amuraria said...

HARAP MAHASISWA SEMUA AMBIL PERHATIAN NASIHAT INI KERANA MENUNTUT KEBENARAN SATU KERJA KEJALAN ALLAH SWT YANG AMAT MULIA BUKAN REMEH TEMEH,HORMATILAH SEMUA DAN INSYA-ALLAH AKAN DAPAT KEJAYAAN,TANAM CONTOH SEMANGAT PERJUANGAN NABI BESAR KITA BERSAMA-SAMA PARA SAHABAT,BUANG SIFAT SYAITAN IAITU SUKA PADA EGO,TAKBUR & RIAK,JIKA INI DAPAT DIATASI KEJAYAAN & SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA AKAN LAGI BERTAMBAH !