Saturday, February 4, 2012

INI BUKTI BR1M IALAH UMPAN UNTUK MERAMAIKAN CERAMAH UMNO/BN, JIKA TIDAK ADA BR1M CERAMAH UMNO/BN TAK MAMPU TARIK ORANG RAMAI.

http://4.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/SoaESoeZ4UI/AAAAAAAAAeY/080QpyJLaBQ/s320/P7150052.JPG
Ceramah UMNO sebelum BR1M


http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw221442_tr05_030212_pm_br1m.jpg
Umpan BR1M berjaya menarik orang ramai.

BR1M dijadikan misi dan umpan untuk memudahkan BN mengumpulkan lebih banyak pendengar hadir ke ceramah-ceramah ajuran mereka.

Caranya dengan menghantar SMS kepada bakal penerima bantuan untuk hadir di tempat yang dinyatakan dan mendengar amanat pemimpin yang hadir sebelum di berikan baucer RM500.

Jika diamati, memang sejak BR1M ini diperkenalkan, di mana sahaja program atau ceramah anjuran UMNO BN diadakan, berduyun-duyun rakyat tidak kira bangsa hadir ke program tersebut.

Seorang rakan sanggup memohon cuti semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM500 itu. Tetapi rakan tersebut hampa kerana tidak dapat baucer yang dijanjikan akibat timbul masalah semasa pemberian tersebut diberikan.

Walau apapun yang berlaku, taktik BN ini berjaya menarik minat ribuan orang untuk hadir di mana-mana sahaja ada program BR1M di seluruh negara. Mereka hadir bukan untuk mendengar amanat pemimpin, tetapi tujuan mereka adalah untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Apa yang tidak pasti, adakah rakyat akan terpedaya dengan taktik dan umpan yang diberikan oleh BN. Tunggu dan lihat selepas PRU 13 nanti.

Oleh : Mus (malaysiadaily.net)

2 comments:

Anonymous said...

rendahnya martabat bangsa Melayu....diumpan dgn duit hanya RM500 sampai sanggup amik cuti...

RM 500 je pun...keluarga menteri rompak 250 juta pun x kecoh2...

lau terus menerus kena tipu, xtau la nak ckp ape..

bila la Melayu ni nak sedar diri....

Anonymous said...

Melayu Mudah Lupa-Haprak!!!...pinjam kata2 dari mamathir jap...