Tuesday, February 7, 2012

ATAS SEBAB INIKAH DAP DITUDUH SEBAGAI ANTI -ISLAM & MELAYU? ANDA NILAI SENDIRI.

Senarai ketidakadilan DAP terhadap Orang Islam?


1.Pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz;

2.Menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini;

3.Memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang;

4.Pemberian wang sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pengebumian kepada waris yang diamanahkan oleh mana-mana warga emas untuk menguruskan jenazah mereka, juga sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN;

5.Menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan;

6.Pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%;

7.Menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;

8.Mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender; dan

9.Menjadi negeri pertama di dalam sejarah Malaysia yang mendapat pengiktirafan Transparency International, sebuah badan unggul di dunia yang membanteras rasuah dengan mengamalkan prinsip urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) berteraskan pemimpin berintegriti.

No comments: