yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, January 4, 2012

TUN MAHATHIR SANGAT HEBAT MENTADBIR EKONOMI NEGARA. SIAPA AKAN PERCAYA CERITA LAWAK ITU LAGI SELEPAS BACA ARTIKEL INI:

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad - Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle

http://www.limkokwing.net/graphics/events/posters/tribute_tun_mahathir.jpg


Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad.

Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.

Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir hanya mahu bertanggungjawab mengenai tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan sendiri. Jelaslah Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud “Akauntabiliti” berbanding seluruh dunia. Walaupun ia telah menjelaskan budaya ketidakbertanggungjaawaban pihak Barisan Nasional sekarang.

Mahathir sebenarnya sering berbohong. Beliau merasakan sekiranya banyak kali berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang benar. Mungkin mereka yang bodoh sahaja boleh terpengaruh dengan beliau. Ambil contoh kenyataan beliau kepada Malaysian Insider pada 20 Disember:

“Adalah diketahui bahawa Malaysia tidak mahu menerima bantuan IMF dan Bank Dunia kerana bantuan tersebut akan memburukkan lagi keadaan kewangan kita. Pada 1998, Malaysia telah melaksanakan kawalan matawang yang telah membantu ia pulih”

Kedua-dua kenyataan ini adalah pembohongan. Mahathir sebenarnya enggan menerima bantuan IMF kerana mereka tidak akan bersetuju untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tidak effisyen dan bankrap milik rakan-rakannya di dunia korporat.

Pengawalan matawang itu juga tidak membantu Malaysia pulih dengan lebih baik daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Filipina yang telah menerima bantuan IMF. Mereka telahpun pulih dengan lebih baik berbanding Malaysia.

IMF tidak menyarankan penjimatan

Dalam artikel yang sama, Mahathir telah menuduh IMF mengenakan langkah-langkah ‘berjimat’ di negara-negara yang dibantu mereka. Ini jelas tidak benar kerana kesemua empat negara telah meluaskan polisi macroekonomi mereka pada 1998 dibawah arahan IMF.

Mahathir melalui pengawalan matawang telah berjaya menyelamatkan rakan-rakan dan anak beliau. Yang merugikan Malaysia adalah mereka ini diselamatkan menggunakan dana daripada pembayaran cukai. Ini juga telah membenarkan Mahathir untuk tidak melakukan reformasi. Bolehlah dikatakan apa yang kita kurang, kita telah membayarnya dengan kekurangan juga iaitu, ekonomi kita yang suram pada hari ini.

NST pula cuba untuk membantu Mahathir keluar daripada masalah pembohongan beliau dengan menerbitkan beberapa bahagian daripada buku beliau “Doctor in the House’. Bahagian pertama diterbitkan pada 23 Disember, menunjukkan kejahilan Mahathir. PAda satu tahap, beliau telah kecewa dengan Anwar kerana tidak berjaya meyakinkan Micheal Camdessus yang mengetuai IMF untuk menghentikan perniagaan matawang. Tidak jelas mengapa Mahathir memikirkan bahawa Camdessus mempunyai kuasa untuk melakukan perkara tersebut.

IMF telah diwujudkan di Bretton Woods untuk memberikan pinjaman kepada negara yang ada masalah bayaran hutang. Ia juga memastikan negara yang mempunyai hutang ini melakukan langkah-langkah yang boleh membantu dalam mengurangkan beban hutang.

Beliau merasakan bahawa IMF tidak boleh bertindak sebagai polis kewangan antarabangsa dalam menyekat perbuatan perniagaan matawang yang beliau paling benci. Selain daripada merasa hairan terhadap permintaan Mahathir itu, tiada seorangpun antara Chirac atau Blair dapat melakukan apa-apa.

Faktor Daim

Ini membawa kita kepada kenyataan Mahathir yang luar biasa dalam buku beliau “ Walaupun ekonomi dan kewangan kita sudah kukuh, ringgit masih boleh diserang” Mahathir tidak berbohong di sini tetapibeliau pada tahap ini sudah sangat sedar bahawa beliau berbohong. Ekonomi dan kewangan Malaysia tidak kukuh semasa krisis ekonomi melanda negara pada 97/98.

Malaysia mempunyai beberapa kelemahan pada masa itu termasuk ketidakcukupan simpanan luar negara, kelembapan prestasi sektor kewangan, kelemahan tukaran wang asing, saham yang dibayar dengan hutang dan juga ketidakstabilan hartanah.

Simpanan luar negara Malaysia adalah 28 billion pada 1997 dan ia sebenarnya adalah pada tahap yang sama sejak 1993. Ini berlaku walaupun capital yang boleh pindah dalam negara telah meningkat pada 50 billion daripada 6 billion dari tahun 1990 kepada 1997. Tambahan pula, Mahathir sering menggalakan dan mengarahkan syarikat Malaysia untuk melabur kepada projek negara ketiga dan ini telah terus menerus mengurangkan simpanan negara.

Untuk pembaca yang mengutarakan hujah bahawa Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan pada waktu itu, kita harus ingat bahawa Anwar (dan Bank Negara) telah sejak 1995 memberi amaran kepada Mahathir mengenai bahaya negara disebabkan polisi beliau tetapi tidak diendahkan. Cadangan-cadangan mereka juga tidak diendahkan Mahathir. Beliau lebih percaya kepada nasihat kroni-kroni beliau yang lapar wang.

Ini diketuai oleh Daim Zainuddin, seorang yang bahaya dan ini dibuktikan dengan kejatuhan teruk Renung, sebuah syarikat yang diterajui beliau semasa krisis ekonomi itu. Daim juga didakwa adalah orang penting yang membawa kepada plot pemecatan Anwar oleh Mahathir.

Polisi tidak bagus dan simpanan rendah

Hakikatnya, simpanan negara adalah sangat sedikit dan ini bermakna ia agak kritikal memandangkan ia adalah cara negara mempertahankan matawang. Beli ringgit dan ia akan kuat berbanding dollar. Ia tidak berkesan kerana simpanan itu adalah sedikit dan disebabkan pengspekulasi dapat melihat kelemahan dalam ekonomi Malaysia. Mahathir, 14 tahun kemudian tetap mengatakan bahawa beliau tidak dapat melihatnya. Apabila simpanan Malaysia jatuh kepada 15 billion, Bank Negara terpaksa berhenti campur tangan dalam pasaran matawang.

Keadaan tidak sihat sektor kewangan Malaysia telah memberi kesan kepada situasi dengan mengikat tangan Bank Negara. Meningkatkan kadar faedah domestic mungkin dapat membantu ringgit untuk menjadi kuat berbanding dollar. Akan tetapi, ini tidak dapat dilaksanakan kerana syarikat-syarikat Malaysia dan orang perseorangan mempunyai hutang domestik yang terlalu tinggi. Ia telah meningkat daripada 85% pada 1986 kepada 160% GDP pada 1997.

Peningkatan ini boleh membawa kepada kebankrapan dan pengangguran. Usaha Bank Negara untuk mengekang pertumbuhan kredit ini telah disekat oleh golongan ahli perniagaan yang mendampingi Mahathir yang mahukan kredit rendah untuk kekal justeru tidak mengendahkan bahaya ia kepada negara.

Tukaran asing adalah tukaran sebenar di mana barangan domestic boleh ditukarkan kepada barangan asing dan pada 1997 ia telah menunjukkan bahawa ringgit Malaysia telah terlebih nilai terhadap dollar. Tidak seperti Mahathir, peniaga matawang telah melakukan analisis mereka dengan tepat sekali.

Matawang negara ekonomi kukuh tidak

Sudah tentulah Mahathir enggan mengakui kesilapan beliau hingga kini, walaupun sekarang ia agak senang untuk dilihat oleh sesiapa pun. Belia terus menerus menuduh orang lain untuk kepentingan politik beliau seperti IMF dan Bank Dunia. Ia agak tidak adil untuk IMF memandangkan ia telah membantu dengan jayanya beberapa ekonomi negara lain termasuk Hungary, Ukraine dan Iceland semasa krisis ekonomi 2008.

Sekarang, IMF memainkan peranan penting di Eropah dengan menjadi peminjam terakhir secara proksi kepada ECB yang tidak dapat berbuat demikian secara sah. Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan buruk Mahathir yang agak pelik.

Goerge Soros yang menjalankan dana yang terlibat dengan perniagaan wang asing telah diserang oleh Mahathir. Mahathir menuduh Soros memaksa menurunkan nilai pound pada 1992. Ia memang berlaku dan Soros memang terlibat tetapi penurunan nilai pound bukanlah disebabkan spekulasi matawang.

Penurunan nilai pound adalah disebabkan Bank of England tidak mahu meneruskan pengucupan polisi semasa peluang pekerjaan tinggi walaupun ia diperlukan untuk kekal dalam sistem European Monetary (EMS).
Bundesbank pula lebih berminat memerangi inflasi dan tidak mahu meneruskan pengembangan polisi yang ia perlukan. Punca masalah adalah penyatuan semula Germany dan kos besar membangunkan semula German Timur dan bukanlah peniaga matawang.

Tidak seperti sangkaan Mahathir bahawa spekulsi matawang telah menurunkan nilai untuk keuntungan matawang kepada negera yang mempunyai ekonomi kukuh seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong kesemuanya tidak terjejas oleh spekulasi matawang 97/98. Ini kerana ekonomi mereka sangat kukuh tidak seperti eknomi Malaysia yang dijahanamkan Mahathir pada 1997.


Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)