Saturday, January 21, 2012

MAYAT2 TENTERA AMERIKA YANG TERBUNUH DI IRAQ DIBUANG DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH, BALASAN SELEPAS MENZALIMI UMMAT ISLAM.

Laporan yang menjijikkan mengenai mayat-mayat tentera AS yang terbunuh dalam perang di Iraq dibuang di tempat pembuangan sampah yang besar di Virginia, AS, membuatkan keluarga mangsa dan rakan-rakan "seperjuangan mereka marah".

http://theirearth.com/uploads/news/1032304163_garbage.jpg
gambar hiasan.

Berdasarkan siasatan, bilik mayat di pangkalan Tentera Udara Dover di Delaware membuang sisa-sisa mayat-mayat tentera AS sekurang-kurangnya 274 mayat di King George Landfill (sebuah tempat pembuangan sampah beramai-ramai di Amerika Syarikat-red) antara tahun 2004 dan 2008.

Banyak tubuh mayat tentera telah hilang, terbakar, terpotong-potong, bahkan dibuang ke dalam tong sampah di Landfill.

Berdasarkan laporan, bilik mayat bahkan memotong-motong lengan mayat dengan alasan kerana susah untuk memasukkan mereka ke dalam seragam mereka.

Seorang balu Gary Linn Smith yang suaminya mati di Iraq berkata, "tidak seharusnya ada manusia yang ditempatkan di tempat pembuangan sampah, tidak peduli apakah itu kukunya, kakinya, atau seluruh tubuh", sisa-sisa tubuh suaminya dibuang di tempat pembuangan sampah pada tahun 2006 selepas kematiannya di Iraq.

Demikian sebuah kehinaan di dunia yang Allah tetapkan bagi mereka yang kafir dan zalim, dan di akhirat siksa bagi mereka lebih mengerikan di neraka dan kekal selamanya.

Berbeza dengan para mujahidin yang syahid, jenazah mereka mengeluarkan wangi yang harum dan tidak membusuk, itulah kemuliaan dari Allah bagi para syuhada di dunia ini, dan di akhirat balasan bagi mereka Syurga-syurga dan kekal selamanya.- terjemahan dari globalmuslim.web.id

N'N: Selepas melihat aksi keji tentera AS kencing keatas mayat2 orang Islam, aku rasa balasan ini sgt setimpal.....

sumber