yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, January 11, 2012

KEADILAN TAMPIL DENGAN BUKTI SALAHGUNA WANG ZAKAT MAIWP, SEPATUTNYA KARIER POLITIK JAMIL KHIR SUDAH BERAKHIR. TAPI KITA SEMUA TAHU UMNO PARTI BUSUK.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum(gambar) selama ini.

http://3.bp.blogspot.com/-zzLlBGillcA/Tvmdy4EsfSI/AAAAAAAAX1I/5h-wIhSLYzg/s1600/Jamil%2BKhir.jpg

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.

Laporan akhbar Mstar:

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mendedahkan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini.


Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri.


"Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.

"Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Bukti yang dikemukakan Nik Nazmi itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Jamil Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam satu kes qazaf.

Nik Nazmi berkata, dokumen kedua pula merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut.

“Ini mengesahkan laporan atau siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, Jamil Khir dalam kenyataannya berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

“Namun Laporan Ketua Audit kita sudah nyatakan lebih awal. Jamil Khir hanya menjawab mempunyai peruntukan kerajaan RM700,000 tetapi tidak pernah sentuh langsung bahawa Laporan Ketua Audit ada menyebut bahawa kedua-dua bayaran Februari dan April itu menggunakan wang zakat dahulu,” katanya.

Beliau menambah, hanya pada Disember 2010, baru wang tersebut digantikan kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWIP. Jamil Khir tidak menyebut tentang hal ini.

“Ini bukan peruntukan kerajaan tetapi wang zakat. Ini bukan ambil dulu kemudian pulangkan. Kita pernah bangkitkan kes di Johor, (bekas) amil (menyalahgunakan wang zakat kira-kira RM20,000) yang dikenakan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan.

“Kenapa beza untuk menteri?,” soal Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memperbetulkan laporan sebuah akhbar arus perdana pada 4 Januari lalu yang memetik kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Keadilan tidak pernah mendakwa demikian sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara,” katanya - mStar

N'N: Adakah semua agamawan yang masuk UMNO akan hanyut? Nampaknya seperti begitulah.....

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam,

"Sapa menteri-menteri BN yg tak bermasalah?" kata Kak Ijat, atau lebih korang gitu ler bunyinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)