Thursday, January 5, 2012

Ini Memang Cerita Gila "Pegawai KDN, Tawar Komisyen" Lumayan Dan Dalangi "Projek IC PRU-13" Di Parlimen Pekan. RM500-1000 Satu Kepala....

PEKAN, 5 Jan - Gara-gara takut kehilangan kuasa, UMNO Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak dan sedang bertungkus lumus menjalankan operasi "projek IC PRU-13" kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Parlimen Pekan. Menurut sumber, dalang yang menguruskan "kerja terkutuk" itu ialah Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri. Kejadian ini berlaku pada minggu lalu.

http://3.bp.blogspot.com/-xReYDzncR3Q/Th__Ia8iqCI/AAAAAAAAGIY/runkuDxgLy4/s1600/poster_pru_pengundi_hantu.jpg

"Tiga orang pegawai KDN telah datang ke Pekan baru-baru ini untuk projek IC itu. Saya terkejut bila ditawarkan RM500-RM1,000 satu kepala atas setiap pendaftaran yang dibuat.

Mereka begitu serius dan dalam taklimat, turut mengarahkan agar perkara ini dirahsiakan kerana yang terlibat ialah beberapa orang wakil orang Kemboja. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada setiap PATI ialah sekitar RM4,500 seorang, termasuk surat beranak yang akan dikeluarkan selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti", kata sumber itu.

Malah difaham, kesemua mereka yang sudah mendapat IC (MyKad) akan secara automatik boleh mengundi pada PRU-13 ini. "Mereka mengatakan antara pusat pengundian (pos) bagi PATI terbabit ialah di salah sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak di Pekan. Kami diarahkan merahsiakan perkara ini kerana takut dijadikan isu oleh parti pembangkang", tambah sumber itu lagi.

Paling mengejutkan, kesemua surat beranak PATI terbabit akan didaftar kelahirannya di negeri Selangor. Ia mungkin sebagai satu jalan untuk PATI terbabit jadi pengundi pos di negeri itu pada PRU-13 ini.

SUMBER

1 comment:

JAKA said...

dedahkan seperti ini banyak lagi...tahniah tuan blogger.

mana boleh kerja penjenayah negara seperti ini dirahsiakan. kita berdosa dgn Allah dan anak cucu jika tak dedahkan.

mereka itu adalah musuh negara yg mesti dihukum berat. lebih jahat dari komunis.

sebab menyalahgunakan jawatan, mengikut arahan pemimpin zalim dan penyamun utk mengadai negara.

bongkar ke akar umbi.