yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, November 3, 2011

BILA AKU CAKAP UMNO SEKULAR KORANG TAK PERCAYA, NAH INI BUKTINYA:

MATA PELAJARAN ISLAM TIDAK WAJIB LULUS MENJADIKAN PELAJAR ISLAM JAHIL AGAMA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran ini menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri. Meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar. Murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek ini.

Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai ‘exam oriented’, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam? Minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.

DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari. Dasar ini menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.

DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar ini terhadap masa depan generasi muda negara. Sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja disamping gejala sosial yang akan meningkat. Golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram. Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi. Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah.

Jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat. Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi. Dengan demikian, barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

INILAH SEBABNYA MENGAPA PEREMPUAN SUKA SANGAT ADOBE PHOTOSHOP:















N'N:Ketahuilah kecantikan dalaman itu lebih kekal daripada kecantikan fizikal. Tipu dengan Photoshop pun lama2 orang tau jugak rupa sebenar anda. Untuk wanita Muslim elakkan Tabarruj yakni perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat)dan ianya dilarang dalam Islam walaupun wanita itu menutup auratnya.


sumber

SUAMI MANALAH YANG AMAT MALANG NI? ISTERI MARKETING GAMBAR BOGEL UNTUK DIJUAL GUNA FACEBOOK.


Sekali lagi Facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang.

Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui Facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

SUMBER

Apa Cerita Ni UMNO/BN, Projek 3 Billion Jadi 5 Billion, Projek 104 Juta Jadi 174 Juta??? Siapa Sapu 2 Billion Dan 70 Juta Nie???

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.

Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.

“Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007 dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.

Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.

“Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya,” katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

“Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar,” katanya, lapor Harakah Daily

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)